Hari ini telah berlansungnya acara sidang media MDEC LEVEL UP 2019 di KLCC Convention Centre. Jadi disini juga satu pengumuman yang dinantikan ramai peminat untuk permainan terbaru yang dihasilkan oleh pasukan studio game anak Malaysia iaitu NO STRAIGHT ROADS dari Metronomik nampaknya akan hadir awal tahun hadapan!
Pengumuman telah diumumkan oleh Wan Hazmer CEO Metronomik dan juga pengarah bagi permainan No Straight Roads ini. Pada yang tidak tahu lagi, pengasas Metronomik adalah Wan Hazmer dan saudaranya Daim Dziauddin. Profil kedua anak melayu ini bukan lah biasa-biasa, Wan Hazmer merupakan seoran bekas Ketua Pereka Permainan (Lead Game Designer) untuk permainan Final Fantasy XV dan Daim pula merupakan pelukis konsep (Concept Artist) untuk permainan Street Fighter V!
Berbalik semula untuk permainan terbaru hasil mereka ini, No Straight Roads akan membenarkan pemain bermain sebagai watak Mayday dan Zuke, dua orang ini merupakan ahli kumpulan band Indie Rock – Bunk Bed Junction.
Pemain akan menentang musuh dari NSR mega corporation, sebuah empayar EDM yang mengawal keseluruhan Bandar Vinyl dan menentang keras muzik! Jadi pemain kena membentuk objek untuk menjadi senjata bersama muzik untuk menentang bos besar dan mengubah dunia dalam landskap eklektik Vinyl City.
Menarik juga yang dikongsikan, beberapa bahasa telah disediakan untuk permainan No Straight Roads yang akan hadir di platform PlayStation 4 dan PC ini. Bukan itu sahaja, pelakon suara untuk permainan ini dalam bahasa Inggeris adalah dari Malaysia!
Yang membanggakan permainan ini, walaupun ianya merupakan permainan pertama yang dihasilkan Metronomik, No Straight Roads telah memenangi anugerah ‘Best Indie Project’ di Unreal Open Day 2019 di Shanghai, ‘Best Audio’ di Taipei Game Show 2019 dan ‘Best of E3’ dari Techraptor serta Worthplaying dan ‘Biggest Surprise of E3′ dari GamingTrend.com.
Siapa yang tidak sabar untuk terus menyokong hasil anak Malaysia ini? Anda boleh mendapatkan pra-pembelian untuk permainan No Straight Roads di PlayStation 4. Dan jangan lupa kehadiranya pada awal tahun 2020 ini di PlayStation 4 dan PC okay!
@gamersantaimy
Discussion about this post