Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lepaskan stress dengan game ‘The Company Man’ dari studio Malaysia Forust!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2021
in Artikel, Berita, Genre, PC, Steam, Tempatan
0 0
0
Lepaskan stress dengan game ‘The Company Man’ dari studio Malaysia Forust!
Share on FacebookShare on Twitter

Tekanan datang dalam pelbagai cara, tidak kira tempat dan masa. Ini termasuk di tempat kerja di mana kita sering berhadapan dengan situasi yang memberikan impak negatif kepada fizikal, emosi dan mental. Jadi apa kata kita lepaskan stress dengan menghancurkan tempat kerja kita? Studio tempatan Malaysia, Forust, memutuskan untuk menjadikan perkara ini sebagai konsep untuk permainan pertama mereka, The Company Man.

The Company Man adalah game 2D action-adventure di mana anda boleh memukul rakan sekerja yang gila dengan papan kekunci dan menembak bos jahat dengan e-mel. Bertahan hidup dalam dunia seharian bekerja dan capai matlamat lama anda untuk menjadi CEO!

Bagi jalan cerita, ia mengisahkan Jim, yang akhirnya lulus dari universiti, dan kini bersedia untuk memulakan kerjaya epiknya di Good Water Company yang berpusat di Kuala Lumpur. Tetapi keadaan dengan cepat menjadi huru-hara ketika mendapati dirinya harus berjuang untuk mengelakkan diri dari dipecat. Jim harus mempelajari kelebihan setiap jabatan, dari kerja perakaunan hingga ke kerja jabatan sumber manusia, demi mengalahkan setiap tingkat untuk menjadi CEO!

 

1 of 3
- +

Ciri-ciri permainan:

  • Musuh unik termasuk rakan sekerja yang diilhamkan oleh kehidupan sebenar.
  • Persekitaran yang dilukis dengan cantik.
  • Animasi buatan tangan yang dibuat dengan teliti.
  • Aksi side-scrolling klasik.

Seperti yang dinyatakan di atas, Forust, adalah studio permainan video indie di Malaysia, dan The Company Man merupakan projek pertama mereka. Bagi sesiapa yang berminat, permainan ini tersedia untuk kita “wishlist” di Steam sekarang. Tarikh pelancaran rasmi masih tidak diketahui tetapi kamu boleh ikuti perkembangan semasa mereka di Facebook dan Twitter.

Tags: ForustKuala LumpurMalaysiaThe Company Man
Previous Post

E3 2021 kembali 12 Jun ini secara keseluruhan Digital!

Next Post

PlayStation Studios Malaysia kini membuka studio sementara di Komune

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
PlayStation Studios Malaysia kini membuka studio sementara di Komune

PlayStation Studios Malaysia kini membuka studio sementara di Komune

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd