Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lelaki tukar tandas ke Gaming PC, siap boleh main CS:GO

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 3, 2022
in Artikel, Berita, Desktop, Fakta & Trivia, Komputer, Teknologi
0 0
0
Lelaki tukar tandas ke Gaming PC, siap boleh main CS:GO
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kemunculan telefon pintar, konsol mudah alih dan laptop, kita boleh bermain apa-apa game yang kita mahu di mana-mana sahaja. Daripada konsep itu, seorang YouTuber muncul dengan idea gila untuk mengubah tandas nya menjadi ‘gaming PC’ canggih.

Secara lebih khusus lagi, YouTuber tersebut -yang bernama Basically Homeless– telah mengubah tandas di rumah nya menjadi gaming PC supaya dia boleh “duduk dan pergi tandas sambil bermain game.” Itu sahaja niatnya.

Dia telah mendokumenkan proses pengubahsuaian melalui video daripada awal sampai habis, dan jangan terkejut. Walaupun ditukar ke PC, tandas itu masih dapat berfungsi dengan elok walaupun air untuk pam terpaksa dikurangkan.

Perkakasan dalam “gaming PC tandas” itu terdiri daripada pemproses Intel Core i7-12700 dan stock cooler, RAM 64GB G-Skill Trident Z5 RGB DDR5-5600 dan kad grafik kipas tunggal Asus GeForce RTX 3060 Phoenix V2 yang dipadankan dengan motherboard mini-ITX MSI MEG Z690I Unify.

Bahagian atas tangki tandas terpaksa diubahsuai untuk memuatkan cooling fan, manakala bahagian hadapan tangki tandas mempunyai “tingkap” untuk melihat dalaman PC dan air.

Air di dalam tandas disimpan berasingan daripada komponen PC menggunakan panel plastik yang dilekatkan untuk mencipta “dinding air”. Malangnya, dinding itu tidak cukup kuat dan air mula bocor. Selepas membetulkan dinding itu dengan gam Flex Seal, PC kembali berfungsi.

Untuk melengkapkan setup, meja yang boleh dilipat telah dipasang ke dinding siap dengan monitor gaming MSI 1440p 240Hz 27 inci.

Hasilnya memang lancar di mana YouTuber itu berjaya bermain Counter Strike: Global Offensive tanpa apa-apa masalah besar. Korang boleh tonton proses penuh melalui video di bawah:

Apa pendapat korang tentang ciptaan “gaming PC versi tandas”? Jom kongsikan pendapat korang di ruang komen!

Untuk baca segala liputan kami tentang game, anime dan teknologi, sila layari laman Gamer Santai!

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Tags: Gaming PCtandasyoutuber
Previous Post

Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!

Next Post

Tencent Games dan Logitech Bekerjasama Untuk Hasilkan Konsol Handheld Cloud Gaming!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Tencent Games dan Logitech Bekerjasama Untuk Hasilkan Konsol Handheld Cloud Gaming!

Tencent Games dan Logitech Bekerjasama Untuk Hasilkan Konsol Handheld Cloud Gaming!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd