Selepas kehadiran sebuah permainan video yang mencetus kehangatan dengan pelbagai reaksi, iaitu Death Stranding, nampaknya Hideo Kojima tidak berdiam diri dengan perancangan permainan terbaru yang kemungkinan besar akan dihasilkan oleh beliau! Ramai peminat pasti menantikan pencipta permainan Metal Gear Solid ini menghasilkan sebuah permainan seram, terutama perancangan ini melibatkan kerjasama bersama Konami untuk penghasilan permainan video dari filem seram terkenal Silent Hill!
Sebenarnya perancangan permainan video ini telah dirancangkan oleh Konami sejak tahun 2012. Namun seperti yang dibocorkan pekara ini di Reddit Sarkzt0001, seorang peminat telah menyatakan Kojima dan Konami telah berbincang mengenai kehadiran permainan itu yang nampaknya memberikan keterangan bahawa Silent Hill subreddit moderator MarcellusDrum turut menyokong tuntutannya. Bukti yang disediakan tidak mengesahkan tuntutan Sarkzt0001 adalah betul 100%, tetapi sudah cukup untuk mengekalkan post itu menjadi hangat di subreddit. Tetapi pada peminat, jangan terlalu teruja dahulu sehingga mendapat pengesahanya yang betul!
Menurut posting tersebut, Kojima telah berbincang dengan Konami untuk mengerjakan permainan Silent Hill yang baru sebaik sahaja selesai dengan pelancaran Death Stranding. Perjanjian yang sepatutnya dengan Konami itu “diselesaikan,” dengan Konami meminjamkan IP Silent Hill ke Kojima Productions. Kojima Productions dan pihak ketiga yang belum ditentukan akan dilaporkan membiayai pembangunannya. Konami akan menyatakan kelak siapa pelakon utama, dalam masa yang sama Kojima Productions akan mempunyai kawalan kreatif. Norman Reedus tidak akan terlibat dalam projek itu kerana alasan yang tidak jelas, walaupun pelakon itu akan terdiri daripada pelakon berprofil tinggi, tidak seperti Death Stranding.
Menurut pembocor maklumat tersebut, kolaborasi antara Kojima Productions dan Konami pada permainan video Silent Hill baru ini adalah disebabkan Ken-Ichiro Imaizumi yang baru-baru ini meninggalkan studio. Pembocor maklumat ini mendakwa Imaizumi “melawan” kerjasama dengan Konami, kerana dia tidak mahu bekerja dengan Konami lagi. Bagaimanapun, Kojima dilaporkan mahu menyelesaikan visi Silent Hill, sebagaimana yang difikirkannya “peminatnya layak mendapatnya.”
Sekali lagi kami menyatakan, informasi ini sekadar kebocoran maklumat yang masih belum disahkan. Kojima telah memberi ‘hint’ bahawa permainan Kojima Productions seterusnya akan menjadi permainan seram dan sementara itu mungkin IP asli seperti Death Stranding, ramai peminat ingin melihat Kojima menyelesaikan wawasannya untuk “PT” / “Silent Hill”. Jika ianya maklumat yang sahih, kemungkinan besar ianya akan diumumkan di The Game Awards yang akan datang 12 Disember ini atau dalam acara-acara permainan video tahun hadapan sama ada melalui Kojima sendiri ataupun Konami.
@gamersantaimy
Discussion about this post