10 tahun dah League of Legends (LoL)?! Wow macam sekelip mata masa berlalu, kini Riot Games mengumumkan mereka akan menyambut ulangtahun ke-10 League of Legends bersama edisi Riot Pls yang akan diumumkan secara lansung bermula jam 9:00am (waktu Malaysia) pada 16 Oktober ini!
Anda boleh saksikan siaran lansung tersebut di laman Youtube rasmi League of Legends untuk bahasa Inggeris atau di Youtube rasmi Riot Games SEA untuk bahasa Melayu/Indo, Vietnam, Thai dan Cina. Kepada yang terlepas, jangan risau anda boleh lihat VOD yang akan dikemaskini dalam laman Youtube mereka.
League of Legends adalah sebuah permainan multiplayer dalam talian battle arena yang dibangun serta diterbitkan oleh Riot Games juga rakan kongsi mereka Garena untuk platform PC. Bertema dan diilhamkan dari Warcraft III: The Frozen Throne mod, Defense of the Ancients.
Dalam edisi Ulang Tahun Riots Pls ke-10 ini, Riot akan mengongsikan semula saat dan detik League of Legends dari dahulu hingga kini, termasuk pandangan pertama pada perubahan preseason tahun ini dan kemaskini kandungan besar akan datang untuk Teamfight Tactics. Setiap hari, LoL akan menyaksikan 8 juta pemain, menjadikannya permainan PC terbesar di dunia.
“Membina komuniti global yang ghairah di sekitar League of Legends sepanjang dekad yang lalu adalah pencaipaian yag kami sangat bangga,”
“Riot Pls edisi khas ini akan mempamerkan penghargaan dan komitmen kami kepada para pemain – kami berharap setiap daripada mereka akan menyertai kami untuk meraikan semua kemenangan dan momen yang tidak dapat dilupakan yang kami kongsi!”
kata Justin Hulog, Pengurus Besar, Riot Games Southeast Asia.
Untuk menandakan peristiwa itu dan menetapkan peringkat untuk ke 10 tahun yang akan datang, Riot juga mengemas kini Logo terbaru untuk League of Legends!
Jadi jangan lupa untuk saksikan kemaskini selebihnya untuk sambutan ulangtahun ke-10 League of Legends 16 Oktober 2019 ini nanti! Dan jangan lupa untuk pelbagai lagi kemaskini di laman web rasmi League of Legends dan Facebook mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post