Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Laptop Acer Bertemakan AVENGERS!!!

Silver Shroud by Silver Shroud
April 18, 2018
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Laptop Acer Bertemakan AVENGERS!!!
Share on FacebookShare on Twitter

Mesti korang tertunggu-tunggu akan cerita Avengers Infinity Wars kan? Tapi, nak lagi best, Acer keluarkan laptop yang bertemakan Avengers, sempena cerita Avengers Infinity wars ni. Jadi, line up untuk laptop bertemakan Avengers kali ni, terdiri dari Aspire 6 yang bertemakan Captain America, Nitro 5 pula merupakan Thanos Edition, dan akhir sekali, Swift 3, untuk Iron Man. Dahsyat kan? Untuk info lanjut tentang ketiga-tiga laptop ni, jom, ikut aku dalam entri kali ni.

Aspire 6 – Captain America Edition

Pertama yang aku nak ceritakan adalah pasal Acer Aspire 6 – Captain America Edition. Design yang sangat cantik, sleek. Model number untuk Captain America Edition ni adalah A615-51G-53QF. Processor yang digunakan merupakan Intel Core i5-8250U. Dan semestinya menggunakan OS Windows 10 Home Edition. Didatangkan dengan RAM DDR4 4GB, 1TB SATA HDD dan GPU yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce MX150 2GB DDR5. Acer juga memberikan 1 tahun travelers waranti!

Dari spec yang diberi, laptop ni sesuai digunakan untuk pelajar dan juga usahawan yang minat gila-gila dengan Captain America. Nak buat gaming, hanya boleh beberapa game yang memerlukan spesifikasi yang rendah sahaja. Harga untuk Aspire 6 – Captain America Edition ni adalah MYR 3, 299.

 



Nitro 5 – Thanos Edition

Haaaa, antara villain yang ditunggu-tunggu dalam siri Avengers. tapi didatangi dalam bentuk laptop pulak. Kali ini, Acer Nitro 5 – Thanos Edition, dengan model number AN515-51-58M0. Dikuasakan dengan processor Intel Core i5-7300HQ, menggunakan Windows 10 Home Edition. Nitro 5 ini jugak menggunakan 8GB RAM DDR4, SSD yang berkapasiti 128GB dan HDD 1TB. Menggunakan NVIDIA GeForce GTX 1050 4GB DDR5. Saiz skrin pula 15.6″ IPS FHD dengan resolusi 1920×1080. Sama seperti Captain America Edition, pembeli akan dapat 1 tahun traveler waranti.

Untuk design Thanos Edition ni, nampak macam bangsawan. Pemilihan kombinasi warna yang sangat cantik. Gold glint yang menyerlah bila dekenakan dengan warna hitam. Design yang sangat eksklusif dan juga sleek. Untuk laptop ni, sesuai digunakan oleh gamers, tapi masih tak boleh nak dibuat sebagai jentera heavy gaming. Untuk Thanos Edition ni, harga dia pulak adalah MYR 4, 299.



Swift 3 – Iron Man Edition

Untuk line up terakhir pada entri aku kali ini, adalah Acer Swift 3 – Iron Man Edition. Warna merah menyala, deselitkan sedikit dengan warna emas, yang memang kena dengan Iron Man sendiri dalam cerita Avengers. Model number untuk Swift 3 –  Iron Man Edition ni adalah SF314-53G-58MB. Menggunakan Intel Core i5-8250U sebagai processor. OS yang digunakan adalah Windows Home Edition. Datang dengan 8GB DDR4 RAM, dan 256GB kapasiti SSD. GPU pula menggunakan NVIDIA GeForce MX150 2GB DDR5. Ia juga dilengkapi dengan Fingerprint Scanner untuk bukak laptop korang. Macam iPhone kan? Dan pembeli akan dapat 1 tahun travelers waranti.

Untuk edisi Iron Man ni, tak beza jauh sangat dengn Captain America, yang bezanya adalah kapasiti RAM, menggunakan SSD sebagai storage dan juga mempunyai Fingerprint Scanner. Jadi, penggunaan dia lebih kepada mereka yang bekeja dan pelajar, bukan untuk merekan yang ingin mencari satu jentera gaming yang hebat. Untuk Iron Man Edition ni, korang boleh dapatkan dengan harga MYR 4, 399.



Dari segi Appearance, ketiga-tiga sangat cantik, dan pada pendapat personal aku, aku lagi suka dengan Thanos Edition. Apa-apa pon, terpulang pada korang nak beli yang mana, dan soalan aku, antara tiga-tiga ni, yang mana paling korang suka?

Nah, aku sertakan sekali dengan video!

Tags: AcerAvengersAvengers Infinity WarsMarvel
Previous Post

Ring of Elysium, Sebijik PUBG???

Next Post

Sejarah God of War

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Sejarah God of War

Sejarah God of War

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd