Ketua Pegawai Eksekutif Sony Jim Ryan telah membincangkan tentang kepentingan konsol gaming dalam pasaran hari ini.
Jim Ryan telah memberikan komen tersebut ketika sesi soal jawab pelabur (melalui ResetEra), dimana dia mencadangkan bahawa konsol gaming hanyalah memainkan peranan yang kecil dalam industri gaming hari ini. Ryan menjawab soalan yang bertanyakan tentang kepentingan konsol Sony di dalam perniagaan hardware dimana dia menjawab pasaran konsol “bukanlah pasaran yang besar”.
Ryan mengatakan sekiranya industri dilihat dengan gambaran yang lebih besar, pasaran konsol bukannya besar tetapi adalah pasaran yang ‘niche’. Tetapi buat gamers yang sejati, pengalaman yang menyeluruh dan mendalam adalah sesuatu yang pihak Sony sangat mengambil berat.
Tambahnya, disebabkan ini; buat masa ini, konsol adalah sesuatu yang membawakan fungsi computing kepada pengguna adalah sangat penting dan pada masa yang sama, teknologi akan terus bergerak ke hadapan. Dan kerana itulah mereka sedang mengerjakan Remote Play dan Playstation Now, iaitu servis streaming.
Ini mungkin apa yang sedang diusahakan oleh Sony untuk Playstation 5, iaitu konsol baru mereka akan datang tetapi malangnya ketika ini tiada maklumat berkenaan konsol ini. Dikatakan ia mungkin menggunakan teknologi cloud, selari dengan berita terkini yang mengesahkan kerjasama Sony dengan Microsoft; untuk teknologi cloud gaming dan artificial intelligence.
Sumber: nichegamer
@gamersantaimy
Discussion about this post