Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kong: Survivor Instinct – Game Rasmi Monsterverse Kini Di PC, PS5 & Xbox Series X|S!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 23, 2024
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, Platformer, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Kong: Survivor Instinct – Game Rasmi Monsterverse Kini Di PC, PS5 & Xbox Series X|S!
Share on FacebookShare on Twitter

Game yang dinanti-nantikan, Kong: Survivor Instinct, berlatarkan Monsterverse dari Legendary, kini tersedia di PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S. Dibangunkan oleh 7LEVELS dengan kerjasama 4Divinity dan Legendary Entertainment, game aksi-pengembaraan 2.5D ini mengajak pemain merasai pengalaman mendebarkan dalam dunia yang dimusnahkan oleh para Titan.

Dalam Kong: Survivor Instinct, pemain akan mendalami dunia metroidvania, di mana mereka perlu menavigasi runtuhan kota akibat pertembungan besar para Titan, yang berlaku selepas peristiwa dalam filem Godzilla vs. Kong. Sebagai David, seorang pekerja pelantar minyak, misi anda adalah untuk meredah kota yang sedang runtuh demi mencari anak perempuan anda, Stacy, yang hilang selepas pertempuran dahsyat para Titan.

Kredit: 7LEVELS

Sebagai David, anda perlu mengumpul sumber seperti senjata, alat, dan peralatan survival untuk menavigasi persekitaran berbahaya seperti bangunan yang runtuh, kebocoran toksik, dan kebakaran di sekeliling.

Dengan menggunakan teknologi canggih Monarch, khususnya gajet ORCA Σ, pemain dapat memanipulasi pergerakan para Titan menggunakan kekuatan mereka yang luar biasa untuk menyelesaikan teka-teki atau membuka laluan melalui runtuhan kota.

Kredit: 7LEVELS

Salah satu sorotan dalam Kong: Survivor Instinct ialah pertemuan dengan Titan ikonik dan spesies Titan baharu. Selain bertemu wajah yang dikenali, pemain juga akan berdepan dengan Titan menakutkan, Abaddon, spesies Titan baharu yang dicipta khas oleh pasukan 7LEVELS. Dan sudah tentu, Kong akan membuat penampilan megahnya, ketika pemain bekerjasama atau bertempur dengan makhluk kolosal ini untuk terus hidup.

Kredit: 7LEVELS

Pemain juga perlu berdepan dengan musuh manusia, termasuk kumpulan tentera upahan, Hyenas, yang diketuai oleh penjahat terkenal, Alan Jonah, yang kembali selepas penampilan sebelumnya dalam Godzilla: King of the Monsters. Dengan rancangan baharu, kehadiran Jonah menambahkan “tension” ketika David berusaha untuk menyelamatkan anak perempuannya sambil bertarung dengan musuh besar dan kecil.

Kredit: 7LEVELS

Kong: Survivor Instinct tersedia hari ini di Steam, PlayStation Store (tersedia pada jam 11PM), dan Microsoft Store, dengan diskaun pelancaran sehingga 15% di semua platform.

Tags: Kong: Survivor Instinct
ShareTweetSend
Previous Post

[gamescom asia 24] 5 Game Indie Gempak Yang Kami Cuba Di gamescom asia 2024!

Next Post

Filem Prekuel Anime John Wick Dalam Pembikinan, Mengisahkan “Hidupnya Sebelum Bersara”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Filem Prekuel Anime John Wick Dalam Pembikinan, Mengisahkan “Hidupnya Sebelum Bersara”

Filem Prekuel Anime John Wick Dalam Pembikinan, Mengisahkan "Hidupnya Sebelum Bersara"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd