Dengan gembiranya, Konami Digital Entertainment Limited mengumumkan bahawa syarikat baru sahaja menetapkan Rekod Dunia Guinness untuk peserta terbanyak dalam kejohanan permainan kad dagangan (trading card game), serta pecah Rekod Dunia Guinness sendiri untuk kejohanan permainan kad dagangan terbesar di Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024.
Seramai 7,443 peserta mendaftar untuk Yu-Gi-Oh! Championship Series Japan TOKYO 2024 (YCSJ TOKYO 2024), yang kemudian diiktiraf sebagai pencapaian Rekod Dunia Guinness untuk peserta terbanyak dalam kejohanan permainan kad dagangan.
Bukan itu satu-satunya anugerah yang dicapai pada hari itu. Rekod Dunia Guinness untuk kejohanan permainan kad dagangan terbesar sebelum ini juga dipegang oleh KONAMI iaitu untuk YCS ke-100 di Long Beach, California, Amerika Syarikat, yang berlangsung pada 23-25 Mac 2012. Dengan jumlah peserta yang ramai, rekod itu kemudian diatasi sekali lagi di YCSJ TOKYO 2024.
Di YCSJ TOKYO 2024. takhta juara jatuh kepada Yutaro Takahashi. Bukan sahaja pemenang YCSJ ke-10, dia juga adalah pemenang untuk kejohanan permainan perdagangan terbesar dalam sejarah, di mana dia mengatasi 7,442 peserta lain untuk gelaran juara.
Selepas memenangi YCSJ ke-10, Yutaro Takahashi berkata, “Saya gembira menjadi juara! Ia berkat latihan dengan rakan-rakan yang saya temui melalui “Yu-Gi-Oh! OCG”. Saya akan melakukan yang terbaik untuk memenangi acara seterusnya!”
YCSJ TOKYO 2024 berlangsung pada 28-29 April di Tokyo Big Sight (Tokyo International Exhibition Centre). Ia diadakan buat pertama kali sebagai acara dua hari untuk memperingati YCSJ ke-10.
Untuk segala berita kami tentang Yu-Gi-Oh, sila tekan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post