Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi UT UNIQLO SPY x FAMILY ke-2 akan tersedia di Malaysia 1 Disember ini!

Alan Fikri by Alan Fikri
October 17, 2022 - Updated on November 30, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Produk
0 0
0
Koleksi UT UNIQLO SPY x FAMILY ke-2 akan tersedia di Malaysia 1 Disember ini!
Share on FacebookShare on Twitter

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT kedua mereka dengan kolaborasi siri anime popular, SPY x FAMILY. Koleksi ini akan menampilkan empat reka bentuk baru dan saiz tersedia bermula dari saiz XS hingga 2XL. Koleksi ini juga telah membawa masuk reka bentuk untuk kanak-kanak. Peminat boleh mendapatkan t-shirt UNIQLO SPY x FAMILY ini pada awal bulan Disember.

Mengenai reka bentuk baru untuk koleksi kedua ini, dua daripada empat baju ini mempunyai gambar di bahagian belakang manakala di bahagian depan pula terdapat gambar untuk semua reka bentuk baju. Untuk baju kanak-kanak pula hanya ada satu reka bentuk yang berbeza daripada yang lain.

Selepas dikenalkan pada episod pertama musim kedua SPY x FAMILY, akhirnya Bond telah mendapat reka bentuk bajunya sendiri. Bond diletak pada poket dada baju tersebut dan korang boleh tengok kepalanya hingga ke riben manakala dibahagian belakang pula terdapat logo SPY x FAMILY yang berwarna putih.

Seterusnya adalah reka bentuk yang menampilkan ayat ikonik Anya iaitu “I like Peanuts, I hate Carrots” berserta empat ekspresi wajahnya yang comel. Di bahagian belakang pula mempunyai gambar kacang kecil dibahagian bawah kiri.

Rekaan ketiga menunjukkan gambar Anya bersama Bond dan dibawahnya tertulis “BOND x ANYA” dan terdapat outline SPY x FAMILY di atas gambar mereka. Reka bentuk baju ini amat ringkas tetapi kerana baju ini berwarna putih, saya pasti korang boleh berfesyen dengan pakaian ini.

Akhir sekali untuk baju orang dewasa adalah reka bentuk yang menunjukkan visual daripada muzik video pembukaan musim pertama SPY x FAMILY menampilkan Yor, Loid dan Anya dalam artstyle berbeza daripada anime mereka.

Seterusnya adalah baju untuk kanak-kanak, untuk reka bentuk baju ini sama sahaja seperti baju orang dewasa. Ia mencetak ayat ikonik Anya dan juga empat ekspresi wajah Anya yang comel. Yang berubah hanyalah warna baju tersebut.

Reka bentuk baju ini juga sama dengan reka bentuk orang dewasa dengan menunjukkan gambar Bond dan Anya. Yang membezakannya dengan baju dewasa juga adalah warna.

Ini adalah reka bentuk baju yang terakhir untuk kanak-kanak. Jika tengok balik, reka bentuk baju ini sahaja yang lain daripada yang lain. Terdapat gambar ilustrasi keluarga Loid Forger bersama-sama Anya dan Yor Forger. Bond juga tidak ketinggalan kerana dikenali sebagai salah satu ahli keluar mereka.

Spy x Family merupakan siri anime adaptasi manga yang dihasilkan oleh Endou Tatsuya. Anime ini masih lagi ditayangkan dan anda boleh menontonnya di pelbagai platform rasmi. Berikut adalah sinopsisnya:

Bagi ejen yang dikenali sebagai “Twilight,” tiada arahan yang terlalu hebat jika ia adalah demi keamanan. Beroperasi sebagai pengintip utama Westalis, Twilight bekerja tanpa jemu untuk menghalang “extremist” daripada mencetuskan perang dengan negara jiran Ostania. Untuk misi terbarunya, dia mesti menyiasat ahli politik Ostania Donovan Desmond dengan menyusup ke sekolah anaknya: Eden Academy yang berprestij. Oleh itu, ejen itu menghadapi tugas paling sukar dalam kerjayanya: berkahwin, mempunyai anak, dan berlakon sebagai keluarga.

Jika korang minat dengan anime Spy x Family, jangan lupa untuk dapatkan baju ini 1 Disember nanti dan harga untuk satu t-shirt orang dewasa berharga RM 59.90 manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM39.90 dan korang boleh membelinya di kedai fizikal UNIQLO atau layari laman web rasmi.

Ikuti Gamer Santai jika anda inginkan berita tentang game, anime dan banyak lagi.

Tags: Spy x FamilyUniqlo MalaysiaUNIQLO UT
Previous Post

BoBoiBoy Kuasa Tiga! Jom Kenali Kuasa Elemental Hebat Yang Diperkenalkan Dalam Siri!

Next Post

Pelakon Hagrid dalam Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Pelakon Hagrid dalam Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Pelakon Hagrid dalam Harry Potter, Robbie Coltrane meninggal dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd