Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi HyperX bersama Naruto Shippuden bakal tersedia 22 September 2022!

safwan by safwan
September 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Headset, Keyboard, Kolaborasi, Manga, Mouse, Mouse Mat, Teknologi
0 0
0
Koleksi HyperX bersama Naruto Shippuden bakal tersedia 22 September 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan, HyperX kini membuat kolaborasi bersama Naruto Shippuden dengan menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada watak terkenal dalam anime tersebut iaitu Uzumaki Naruto dan Uchiha Itachi. Koleksi ini akan tersedia pada 22 September 2022 tetapi masih tidak diketahui sama ada akan tersedia di Malaysia.

Menurut laman web rasmi HyperX, koleksi ini akan menyediakan peripheral termasuk keyboard, headset, mousepad dan mouse. Kesemua peripheral akan mempunyai 2 edisi dan masing-masing mempunyai reka bentuk yang berbeza.

Untuk edisi Naruto, mereka menggunakan warna yang sinonim dengan watak itu sendiri iaitu oren. Tambah pula dengan reka bentuk yang unik dengan anime tersebut, ia nampak lebih menonjol dan sangat unik. Manakala untuk edisi Itachi, ia menampilkan reka bentuk yang ikonik dengan burung gagak dan berwarna merah.

Berikut adalah senarai produk berserta harga bagi kedua-dua edisi:

HyperX Alloy Origins Mechanical Gaming Keyboard – $119.99 (Anggaran RM 546.61)

Keyboard ini menampilkan badan aluminium dengan kemasan aircraft-grade. Keyboard juga boleh menggunakan software HyperX IGENUITY, yang menawarkan ciri penyesuaian lanjut untuk lighting dan makro.

HyperX Cloud Alpha Gaming Headset – $109.99 (Anggaran RM 501.06)

Headset ini menggunakan teknologi Dual Chamber untuk kualiti bunyi yang lebih baik dan untuk meminimumkan audio distortion. Satu lagi ciri reka bentuk dual chamber ialah pemisahan frekuensi bass pertengahan dan tinggi, yang membolehkan pengalaman bermain yang lebih realistik.

HyperX Pulsefire Haste Gaming Mouse – $59.99 (Anggaran RM 273.28)

Ia adalah ultra-lightweight mouse yang menampilkan low-friction untuk keupayaan pergerakan yang lebih lancar. Mouse ini juga menggunakan kabel USB HyperFlex dengan bahan paracord ultra-fleksibel yang direka untuk mengurangkan ketegangan dan rintangan untuk pergerakan mouse yang lebih mudah.

HyperX Pulsefire Mat XL Gaming Mousepad – $39.99 (Anggaran RM 182.17)

Ia menampilkan permukaan yang sangat dioptimumkan dengan jahitan anti-fray, bahagian bawah getah anti-gelincir dan padding yang direka untuk meningkatkan keselesaan pemain.

Saya ingin mengingatkan sekali lagi bahawa kolaborasi antara HyperX dan Naruto Shippuden akan tersedia pada 22 September 2022 dan tidak pasti sama ada akan tiba di Malaysia ataupun tidak. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: HyperXHyperX x Naruto Shippudennaruto shippuden
Previous Post

Francais game Yakuza kini dikenali sebagai “Like a Dragon”, perubahan nama oleh SEGA

Next Post

Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!

Orlando Bloom sertai filem Gran Turismo sebagai watak antagonis!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd