Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Koleksi Aksesori Barang Kemas Plumbobs The Sims 4 Didedahkan! Akan Tersedia 1 Mac ini!

Maira by Maira
February 29, 2024
in Artikel, Berita, Game, Produk
0 0
0
Koleksi Aksesori Barang Kemas Plumbobs The Sims 4 Didedahkan! Akan Tersedia 1 Mac ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Kadang-kadang bila tengok aksesori dalam game The Sims, rasa teringin pula nak pakai dekat dunia sebenar. Berita baiknya, aksesori-aksesori tersebut memang ada dihasilkan! Melalui pengumuman daripada blog The Sims, akan ada koleksi barang kemas edisi terhad yang diilhamkan oleh The Sims 4 Crystal Creations Stuff Pack yang tersedia pada 1 Mac ini! Ia hanya tersedia secara eksklusif di The Sims Shop.

Sumber: EA

Kalau anda ingin tahu, Crystal Creations Stuff Pack membolehkan pemain untuk menghasilkan barang kemas dalam game menggunakan 27 Crystal dan 22 pilihan metal. Setiap bahagian the Plumbob Collection telah dihasilkan oleh pasukan The Sims dalam game menggunakan Plumbite Crystal dan Gold Metal.

Bolehlah pemain memadankan diri dengan watak Sims mereka dengan koleksi barang kemas baharu yang diilhamkan oleh Plumbob ikonik game ini. The Sims Plumbob Collection ini memaparkan berang kemas seperti:

  • The Plumbob Statement Ring, cincin yang menakjubkan dalam bentuk Plumbob, disadur dengan emas 18k dan batu permata zirkon hijau.
  • The Plumbob Layered Necklace, dua lapisan mempesonakan dihiasi dengan manik agate hijau yang membawa tuah dan kekuatan serta loket plumbob 3D yang menambah impak.
  • The Plumbob Drop Earrings, anting-anting ini menambah tarikan pada penampilan harian anda.

Setiap barang kemas daripada koleksi itu akan hadir dengan kotak signature untuk dihadiahkan atau sebagai barang kenangan untuk diri sendiri.

Sumber: EA

The Plumbob Jewelry Collection akan dilancarkan pada hari yang sama The Sims 4 Crystal Creations Stuff Pack pada 1 Mac 2024. Anda boleh membelinya melalui The Sims Shop. Untuk sebarang persoalan mengenainya, anda boleh lawati halaman F.A.Q.

The Sims 4 Crystal Creations Stuff Pack akan lancar pada PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui EA App, Steam, Epic Games Store dan Mac melalui Origin.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai The Sims daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: The Plumbob Jewelry Collectionthe sims 4The Sims 4 Crystal Creations Stuff Pack
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Warzone Mobile Rasmi Lancar Secara Global Pada 21 Mac!

Next Post

Senarai Filem Menarik di Pawagam Sepanjang Mac 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Senarai Filem Menarik di Pawagam Sepanjang Mac 2024!

Senarai Filem Menarik di Pawagam Sepanjang Mac 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd