Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah sebenar bagaimana Eiichiro Oda meluluskan siri live-action Netflix One Piece!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga, Netflix
0 0
0
Kisah sebenar bagaimana Eiichiro Oda meluluskan siri live-action Netflix One Piece!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime bukanlah perkara yang paling disukai di Hollywood kalau peminat melihat sejarahnya tetapi Netflix berharap dapat mengubah fakta ini dengan adaptasi One Piece mereka sendiri. Menurut wawancara baru, penulis Netflix One Piece, Matt Owens, mengatakan bahawa Eiichiro Oda mempunyai keyakinan dengan projek ini.

Berita ini datang semasa episod podcast oleh RogersBase di mana mereka menjemput Owens sebagai tetamu. Di sinilah penulis itu menceritakan butiran mengenai pertemuan pentingnya dengan pencipta One Piece, Eiichiro Oda, dan bagaimana dia mendapat persetujuan beliau.

Kiri: Matt Owens / Kanan: Eiichiro Oda

“Kami mengadakan mesyuarat selama tiga jam di pejabat Shonen Jump tentang strategi, dan apa rancangan kami untuk jalan cerita. Saya perlu membuatnya dia yakin yang saya tahu dan cintakan kisah ini juga. Dia faham, tetapi masih waspada, di mana saya faham kerisauannya. Oleh itu, kami pergi makan malam selepas mesyuarat… dan dia meminta maaf kepada saya.” -Owens.

Rupanya Oda ingin meminta maaf kerana bertindak kasar semasa mesyuarat itu. Oda mengatakan bahawa dia ingin menjelaskan betapa seriusnya dia tentang One Piece dan bagaimana ia sangat bermakna kepada begitu banyak peminat. Owens kemudian menceritakan kisahnya sendiri tentang One Piece dengan Oda, dan mengakui dia membuka beberapa aspek yang sensitif tentang dirinya untuk bersikap jujur ​​dengan Oda.

“Saya menatapnya dan berkata, ‘Ketika saya berusia awal 20-an, saya mengalami kemurungan yang sangat teruk. Saya cuba mencari siri untuk menghabiskan segala masa supaya tidak perlu memikirkan atau melakukan apa-apa. Saya pernah membaca One Piece ketika anime menarik minat saya di sekolah menengah, tetapi ia tidak beberapa serasi buat saya pada masa itu. Oleh itu, saya akhirnya membuat keputusan … Inilah masanya untuk menonton semua tentang One Piece.”

“Saya memberitahu Oda bahawa salah satu perkara hebat tentang One Piece adalah ia menceritakan kisah tentang bagaimana setiap orang mengalami tragedi, kesakitan, kesedihan dalam hidup tetapi bukan itu yang mendefinisikan anda. Yang menentukan anda adalah bagaimana anda menggunakannya untuk memotivasi masa depan dan tiada siapa yang harus melakukannya seorang diri. Tidak ada seorang pun di dunia ini yang harus bersendirian. Apabila anda menemui orang-orang di sekeliling, yang memotivasi dan mengangkat dan menolong anda, itulah kekuatan terbesar di dunia ini. Itulah cerita yang ingin saya memperkenalkan ke dunia,” -Owens.

Setelah berkongsi sejarah peribadinya dengan Oda, Owens menunggu tindak balas beliau. Ketika itulah dia mendapat restu Oda untuk terus maju dengan cerita.

“Saya tahu One Piece sangat bermakna bagi anda … ia sangat bermakna kerana saya secara jujur ​​percaya One Piece menyelamatkan nyawa saya. Saya mempunyai kepercayaan 100% untuk anda sekarang.’ ” -Oda.

Ia menjadiJelas bahawa Owens mempunyai perasaan yang mendalam terhadap One Piece, dan Oda dapat melihat perkara dalam dirinya. Sekarang, kombo ini akan berusaha untuk menunjukkan lanun-lanun ikonik ini kepada peminat secara aksi langsung. Saya cuma berharap semua berjalan lancar dengan projek di mana One Piece akan diwakilkan dengan baik.

Tags: Eiichiro OdaHollywoodlive actionMatt Owensnetflixone piece
Previous Post

Tekken 7 mulakan musim 4 & tambah Kunimitsu sebagai watak DLC terbaru!

Next Post

Game di China dikatakan memboikot apps store Huawei dan Xiaomi disebabkan cukai hasil?!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Game di China dikatakan memboikot apps store Huawei dan Xiaomi disebabkan cukai hasil?!

Game di China dikatakan memboikot apps store Huawei dan Xiaomi disebabkan cukai hasil?!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd