Wira tinju popular bakal kembali pada 2024! Siri anime Kinnikuman Perfect Origin Arc telah mendedahkan trailer dan visual baharu! Kita juga didedahkan dengan pelakon suara disebalik watak anime ini! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Kalau anda ingin tahu, watak Kinnikuman akan disuarakan oleh Mamoru Miyano manakala pelakon suara Kinnikuman yang dahulu, Akira Kamiya akan membawa watak Kinniku Mayumi, bapa Kinnikuman dan Prince Kamehame. Kalau anda ingin tahu, Kinnikuman Perfect Origin Arc dihasilkan untuk memperingati ulang tahun ke-40 anime. Buat masa ini, tiada tarikh tayangan yang dijadualkan untuk siri baru ini. Jadi kita nantikan sahaja pengumuman baharu pada masa akan datang.
Kepada anda yang tidak mengetahui siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Yudetamago yang terdiri daripada penulis, Takashi Shimada dan pelukis, Yoshinori Nakai. Manga ini pada mulanya diterbitkan melalui majalah Weekly Shonen Jump pada 1979 sehingga 1987. Selepas itu, ia mendapat terbitan baharu pada 2011 melalui Shuu Play News oleh Shueisha. Kini sudah 83 jilid manga yang telah diterbitkan untuk siri ini!
Berikut adalah sinopsis ringkas siri:
Kinnikuman mengikuti Suguru Kinniku, yang dilihat sebagai superhero yang kekok. Dia mengetahui bahawa dia adalah putera planet Kinniku yang hilang, yang terkenal kerana mencipta wira-wira terhebat di alam semesta. Untuk membuktikan dirinya, dia telah sertai beberapa kejohanan gusti dan berdepan dengan Choujin jahat!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post