Tahun 2023 hampir menutupi tirainya tidak lama lagi. Sepanjang tahun ini, kita telah dipersembahkan dengan pelbagai filem-filem tempatan daripada pelbagai genre. Jom kami kongsikan kepada anda, lima filem tempatan yang berjaya mendapatkan kutipan paling banyak pada 2023!
Polis EVO 3 — RM 50,110,000
Filem ini telah mengalahkan filem-filem Polis Evo sebelum ini di mana ia masing-masing mengutip RM 18 juta dan RM 23 juta. Filem ketiga ini berjaya mengutip lebih daripada RM 50 juta, sekaligus menjadi filem lokal paling untung 2023!
MALBATT: Misi Bakara — RM 34,000,000
Berdasarkan kisah sebenar, MALBATT: Misi Bakara membawa penonton melihat batalion Malaysia dalam misi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap dalam Pertempuran Mogadishu. Ditayangkan semasa bulan kebangsaan, filem ini berjaya mengutip lebih daripada RM 34 juta! Anda boleh ke Netflix untuk menontonnya sekarang!
Didi & Friends The Movie — RM 8,140,000
Siri animasi popular kanak-kanak hadir dengan adaptasi filem muzikal, membawakan penceritaan original memaparkan pengembaraan watak-watak. Filem ini masih berjaya menarik ramai penonton semasa tayangannya dengan kutipan lebih RM 8 juta.
Imaginur — RM 6,030,000
Salah satu filem yang agak dipandang rendah pada tahun ini. Dengan penceritaan yang membuatkan penonton sentiasa memikir serta penamatnya yang indah serta mengundang air mata penonton. Imaginur berjaya mengutip lebih RM 6 juta sepanjang tayangannya. Anda juga boleh menontonnya melalui Amazon Prime Video.
Rahsia — RM 6,000,000
Sebuah filem seram yang direka semula dengan tajuk yang sama dengan filem asal pada tahun 1987. Hampir menyaingi filem Imaginur, filem Rahsia juga berjaya mengutip RM 6 juta sepanjang tayagannya. Anda dibawa melihat kisah Ramlah yang diganggu dengan bayangan anaknya yang hilang selepas berkelah di tepi pantai.
Tidak sabar untuk melihat barisan filem tempatan yang bakal tayang pada 2024 nanti. Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post