Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kimi ni Todoke Season 3 Bakal Tayang di Netflix Pada Ogos 2024, Trailer Pertama Dilepaskan!

Maira by Maira
April 4, 2024
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Kimi ni Todoke Season 3 Bakal Tayang di Netflix Pada Ogos 2024, Trailer Pertama Dilepaskan!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pengumuman mengenai musim baharu anime Kimi ni Todoke, ramai peminat yang teruja untuk menontonnya. Nampaknya sudah ada tarikh tayangan yang dijadualkan untuk siri tersebut. Diumumkan oleh Netflix Anime, Kimi ni Todoke Season 3 akan ditayangkan pada bulan Ogos 2024! Bukan setakat itu sahaja, trailer rasmi pertama turut didedahkan. Anda boleh tontonnya di bawah.

Selalunya cerita shojo kalau watak utama sudah “couple” mesti tiada sambungan. Jadi agak terkejut juga untuk melihat siri ini mendapat sambungan di mana kita akan lihat bagaimana hubungan Sawako dan Kazehaya berkembang selepas itu.

Seperti musim terdahulu, Kimi ni Todoke Season 3 turut dihasilkan oleh Production I.G. Tidak peliklah mengapa gaya animasinya kekal seperti yang lama. Barisan pelakon suara dahulu pun kembali semula untuk menyuarakan watak masing-masing. Mereka adalah:

  • Mamiko Noto sebagai Kuronuma Sawako
  • Daisuke Namikawa sebagai Kazehaya Shouta
  • Sawashiro Miyuki sebagai Ayane Yano
  • Yuko Sanpei sebagai Yoshida Chizuru
  • Nakamura Yuichi sebagai Sanada Ryu
  • Mamoru Miyano sebagai Kento Miura
  • Aya Hirano sebagai Kurumizawa Ume
Sumber: Netflix

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Karuho Shiina dan diterbitkan pada tahun 2006 melalui majalah Bessatsu Margaret oleh Shueisha. Berikut adalah sinopsis untuk Kimi ni Todoke:

Kuronuma Sawako ialah heroin yang sempurna…untuk filem seram. Dengan persamaan yang ketara dengan watak filem seram—rambut hitam legam, senyuman ngeri dan sikap pendiam— namanya sering dipanggil Sadako oleh orang di sekelilingya. Tetapi di sebalik wajahnya yang menakutkan adalah seorang remaja yang sangat disalah anggap. Terlalu malu untuk menyesuaikan diri, apa yang dia mahu lakukan ialah mencari kawan. Tetapi apabila budak lelaki yang paling popular di dalam kelas berkawan dengannya, dia pasti akan membuat lebih daripada itu–dia akan membuat beberapa musuh juga!

Sumber: Netflix

Kalau anda ingin tahu, Kimi ni Todoke turut mendapat adaptasi live action berbentuk filem pada tahun 2010 dan siri Netflix pada tahun 2023. Siri animenya juga boleh ditonton sempenuhnya melalui Netflix! Jadi kepada anda yang tidak pernah menontonnya, bolehlah langgan Netflix untuk menontonnya sementara menunggu musim baharu ini!

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: From Me to YouKimi ni TodokeKimi ni Todoke Season 3
ShareTweetSend
Previous Post

MTG — Preview Kad “Hostile Investigator”, Bakal Tersedia pada 19 April 2024

Next Post

McD Malaysia Bawakan Plush Yu-Gi-Oh x Hello Kitty Happy Meal! Tersedia Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
McD Malaysia Bawakan Plush Yu-Gi-Oh x Hello Kitty Happy Meal! Tersedia Sekarang!

McD Malaysia Bawakan Plush Yu-Gi-Oh x Hello Kitty Happy Meal! Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd