Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar Angin Sekiro: Shadows Die Twice Mungkin Akan Keluar Di Xbox Game Pass Atau PlayStation Plus!

Amir Haziq by Amir Haziq
March 15, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, Platform, PS4, Xbox One
0 0
0
Khabar Angin Sekiro: Shadows Die Twice Mungkin Akan Keluar Di Xbox Game Pass Atau PlayStation Plus!
Share on FacebookShare on Twitter

Desas-desus mengenai game besar yang akan datang ke Xbox Game Pass dari From Software yang terbaru, iaitu Sekiro: Shadows Die Twice. Xbox Game Pass kini menawarkan lebih banyak game baru selama beberapa bulan. Mereka telah menambah 20 game dari Bethesda dan khabar angin menunjukkan bahawa ia akan menambah EA Play library untuk PC. Menurut khabar angin baru, nampaknya akan ada lebih banyak permainan gempak yang akan ditambah!

Khabar angin itu datang dari penyiar media sosial Shpeshul_Ed, yang bersama-sama menjadi tuan rumah Podcast XboxEra. Dalam tweet baru-baru ini, Shpeshul_Ed memberitahu followersnya bahawa jika mereka ingin membeli Sekiro: Shadows Die Twice dalam “beberapa bulan ke depan” maka mereka mungkin mempertimbangkan untuk hold off dahulu niat itu. Ia dijangka bahawa Sekiro akan segera tersedia untuk dimainkan secara percuma atau dijadikan sebagai sebahagian daripada subsciption service yang berpatutan tidak lama lagi.

Malangnya, Shpeshul_Ed tidak memberikan sumber untuk maklumat yang mereka katakan, dan juga tidak memberikan maklumat khusus. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang tidak pasti tentang khabar angin ini yang membuat berita itu tidak boleh dipercayai. Shpeshul_Ed terkenal kerana membocorkan berita mengenai Xbox, dan khususnya berita Game Pass, jadi ia dapat dikonklusikan bahawa Sekiro: Shadows Die Twice mungkin akan keluar ke Xbox Game Pass.

If you’re thinking of buying Sekiro in the next couple of months or so….maybe hold off. Just in case

— Marvel vs CapNick  (@Shpeshal_Nick) March 13, 2021

Kemungkinan lain adalah ia boleh keluar di PlayStation Plus. Oleh kerana Shpeshul_Ed tidak menyebut platform yang mana Sekiro akan didatangkan, PS+ adalah kemungkinan yang pasti. Shpeshul_Ed kebanyakannya hanya membincangkan berita dan khabar angin mengenai Xbox. Mereka juga telah membocorkan tentang permainan PS+ pada masa lalu, jadi semuanya boleh menjadi kemungkinan.

Baik Microsoft mahupun juga Sony mengumumkan rancangan mereka untuk game baru yang akan datang ke subscription service mereka lebih awal. Sekiranya Sekiro: Shadows Die Twice datang ke Xbox Game Pass atau PS+ dalam beberapa bulan akan datang nanti, maka kita mungkin akan dapat pengesahan rasmi pada beberapa bulan akan datang.

Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah Sekiro: Shadows Die Twice diterbitkan oleh Activision. Mengikut sejarah, Activision mempunyai hubungan yang lebih dekat dengan Sony daripada Microsoft, dengan lebih banyak game dari Activision datang ke PS+ daripada Game Pass. Peminat From Software yang belum mencuba Sekiro hanya perlu menunggu untuk mengetahui kepastian mengenai berita ini.

Sekiro: Shadows Die Twice kini boleh didapati di PC, PS4 serta Xbox One.

Sumber: GameRant

Previous Post

Fail JPG dijual pada nilai harga RM247 juta di acara lelong!

Next Post

Muat Turun Demo Chasing Static Kini Di Steam!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Muat Turun Demo Chasing Static Kini Di Steam!

Muat Turun Demo Chasing Static Kini Di Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd