Fail JPG dijual pada nilai harga RM247 juta di acara lelong!

Cara kita menghargai seni amat berbeza, terutama seni yang berkaitan dengan genre kontemporari. Karya seni klasik amat berharga kerana ia membawa banyak kepentingan sejarah dan budaya yang tinggi, lantas membuatkan harganya sangat tinggi di acara lelong. Untuk jenis kontempori, karya ini lebih sukar untuk difahami, dan itu yang membuatkan saya terkejut apabila sebuah fail JPG dijual pada nilai harga RM247 juta!

Everydays – The First Five Thousand Days via Christie’s
Mesti ramai yang tertanya; “Apa yang ada dalam fail ini sehingga ia bernilai begitu banyak wang?.  Karya ini, yang dicipta oleh artis Mike Winkelmann (lebih dikenali sebagai Beeple), berjudul “Everydays – The First Five Thousand Days” dan merupakan karya seni yang terdiri dari 5,000 seni berasingan yang disatukan dalam satu kolaj. Walaupun hanya gambar JPG, nilai harga boleh mengalahkan kad Pokemon yang sedang trending di internet.

Pada dasarnya, gambar ini adalah koleksi untuk semua karya yang dimuat naik oleh Beeple setiap hari sejak tahun 2007. Bermula pada nilai harga $100, tetapi dalam beberapa minit terakhir acara lelongan, harganya meningkat berlipat kali ganda, apabila lebih dari 180 bidaan tiba-tiba masuk. Karya ini hampir dijual pada $30 juta, tetapi pada saat-saat akhir, 33 bidaan baru masuk, sehinggalah ia akhirnya dijual pada nilai harga $69.3 juta (anggaran RM247 juta) termasuk yuran.

Salah satu gambar dalam “Everydays — The First 5000 Days” oleh Beeple.

Bagi mereka yang tidak tahu, sebenarnya ini adalah jumlah ketiga terbesar yang pernah dijual untuk karya dari artis yang masih hidup, jadi ia terkenal kerana beberapa sebab. Walau apa pun, nilai harganya yang tinggi untuk sesuatu yang kelihatan begitu “normal” pasti akan menjadi buah mulut.

Pandangan setiap individu tentang seni sangat berbeza antara satu sama lain, jadi masing-masing ada cara mereka sendiri. Ada yang akan kata bahawa karya tertentu ini terlalu “over rated“, manakala ada yang berpendapat bahawa karya ini sepadan dengan nilai harganya. Tetapi apakah pendapat anda? Padankah sebuah JPG dijual pada nilai harga RM247 juta?

Sumber – New York TimesBeeple

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.