Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Khabar angin: Resident Evil 4 Remake akan keluar pada tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2020
in Artikel, Berita, PC
0 0
0
Khabar angin: Resident Evil 4 Remake akan keluar pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Memandangkan Resident Evil 3 Remake sudah dikeluarkan pada awal bulan ini, game seterusnya dalam senarai untuk dibangunkan adalah Resident Evil 4 Remake, dan khabar angin terbaru daripada Video Games Chronicle mengatakan ia akan dikeluarkan pada tahun 2022.

Pada November lepas, VGC melaporkan bahawa Resident Evil 3 Remake sedang dibangunkan yang rupa-rupanya benar, dan khabar angin terbarunya datang daripada “pelbagai sumber” yang memberitahu laman web tersebut bahawa Resident Evil 4 Remake juga dalam pembikinan. Lebih spesifik lagi, ia telah memasuki produksi penuh dengan tarikh pelepasan anggaran pada tahun 2022.

Maklumat mengatakan bahawa Shinji Mikami yang mengarahkan Resident Evil 4 asal memberi kata persetujuan dan restu untuk versi Remake. Namun, apabila ditanya untuk memimpin projek tersebut, Mikami menolak dan sebaliknya memberikan beberapa nasihat mengenai arah tuju permainan.

Resident Evil 3 Remake kebanyakannya dibangunkan oleh M-Two, studio yang disokong oleh Capcom dan diasaskan oleh bekas CEO PlatinumGames, Tatsuya Minami. Studio ini terdiri daripada banyak bekas pekerja PlatinumGames dan Capcom. Tidak ada maklumat lanjut untuk Resident Evil 4 Remake, tetapi ia dilaporkan sedang dalam pembangunan sejak tahun 2018.

Resident Evil 4 pada asalnya dikeluarkan untuk GameCube pada Januari 2005. Ia diikuti dengan keluaran di PlayStation 2 pada tahun 2005, PC dan Wii pada tahun 2007, kemudian PlayStation 3 dan Xbox 360 pada September 2011. Game ini turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada Ogos 2016, dan baru-baru ini di Nintendo Switch pada Mei 2019.

Tags: CapcomResident Evilresident evil 4Resident Evil 4 Remake
Previous Post

Quantum Realm Suit membuat kemunculan semula di Wakanda~ Eh MARVEL Super War!

Next Post

5 ciri-ciri yang ada di PS5 DualSense tetapi tidak ada di PS4 DualShock 4!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
5 ciri-ciri yang ada di PS5 DualSense tetapi tidak ada di PS4 DualShock 4!

5 ciri-ciri yang ada di PS5 DualSense tetapi tidak ada di PS4 DualShock 4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd