Pada minggu ini, Sony akhirnya melancarkan controller rasmi PS5 DualSense. Dukacita, pengumuman ini tidak termasuk pandangan pertama untuk konsol PlayStation 5, tetapi Sony mengumumkan bahawa pendedahan konsol akan tiba pada bulan-bulan akan datang. Buat masa ini, peminat PlayStation hanya perlu berpuas hati dengan DualSense, yang mempunyai banyak perubahan berbanding dengan controller PlayStation sebelumnya. Selain daripada mereka semula konsep controller PlayStation, DualSense juga mempunyai banyak ciri-ciri baru yang membezakannya daripada DualShock 4.
A first look at DualSense, PS5’s new wireless controller.
More details and images: https://t.co/SuaUVDkyvD pic.twitter.com/ot5R1u5hsz
— PlayStation (@PlayStation) April 7, 2020
Sebahagian daripada ciri-ciri baru ini hanyalah penambahan dan perubahan kecil yang tidak akan memberikan kesan yang besar terhadap pengalaman sebenar permainan sistem. Walau bagaimanapun, ada beberapa ciri-ciri yang yang pasti memberi kesan kepada pengalaman permainan seharian anda.
Sony juga mendedahkan lebih banyak info tentang controller PS5 yang kita tidak tahu, tetapi ini mungkin maklumat mengenai bagaimana controller berinteraksi dengan konsol. Walaupun DualSense masih sembunyikan banyak rahsia, sekarang kita mempunyai gambaran lengkap tentang controller daripada sudut pandangan estetik.
Di bawah anda boleh membaca lebih lanjut mengenai semua ciri-ciri baru DualSense yang membezakannya daripada controller PlayStation sekarang iaitu DualShock 4.
Maklum Balas Haptik
Maklum balas haptik mungkin ciri baru terbesar untuk controller PlayStation 5. Maklum balas haptik pada dasarnya adalah corak “vibration” dan bentuk gelombang yang menyampaikan maklumat kepada pengguna. Controller PS4 pula mempunyai “rumble motor” standard. Sensasi “rumble motor” kekal sama di mana-mana permainan. Dengan maklum balas haptik , maklum balas ialah lebih tepat. Ini bermakna anda boleh membezakan antara memandu di salji atau di rumput, hanya berdasarkan maklum balas controller.
Trigger Adaptif
Trigger adaptif sangat sesuai dengan maklum balas haptik. Teknologi ini membolehkan pemaju untuk memprogramkan tahap-tahap yang berbeza dalam butang trigger. Dalam erti kata lain, apabila anda menarik anak panah untuk membunuh musuh, trigger akan memberikan rintangan yang lebih untuk memberikan pengalaman yang lebih mendalam. Seperti maklum balas haptik, trigger adaptif boleh pergi jauh untuk memberi pemain pengalaman yang jauh lebih imersif dalam permainan.
Reka Bentuk Dua Skema Warna
DualSense bukan sahaja melanggar urutan nama DualShock, tetapi juga mengubah reka bentuk satu warna mereka di mana controller PS4, PS3, PS2, dan PS1 semuanya mempunyai reka bentuk satu warna. DualSense menawarkan reka bentuk dua warna. Buat masa ini, hanya putih dan hitam telah disahkan, bagaimanapun, lebih banyak warna pasti akan didedahkan. Persoalan yang lebih besar adalah jika PlayStation akan mengikut jejak Xbox dan membolehkan penggunanya untuk mengubah suai controller? Buat masa ini, Sony tidak mendedahkan apa-apa maklumat lagi, tetapi saya berharap mereka akan pertimbangkan idea ini.
“Built-in” Mikrofon
Untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan pemain lain di PS4, kita memerlukan headset. Di PS5, kita tidak perlu semua itu lagi. DualSense dilengkapi dengan “built-in” mikrofon, dan menurut Sony, ia mempunyai teknologi penapisan dan “voice recognition” maju yang membolehkan ia mengesan suara pengguna sahaja. Sama ada teknologi ini berkesan atau tidak, tiada siapa tahu lagi. Sony mengatakan bahawa untuk sesi permainan yang lebih lama, anda masih akan menggunakan headset, tetapi “built-in” mikrofon cukup bagus untuk sesi komunikasi yang pendek.
Butang “Create”
DualShock 4 mempunyai butang “share“. DualSense akan meningkatkan produktiviti dengan butang “create“. Masih tidak jelas apa perbezaan antara kedua-dua butang ini. Menurut Sony, ia ada perbezaan yang sangat-sangat besar. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk mendedahkan ini, tetapi bunyinya seperti butang “create” boleh melakukan semua yang butang “share” buat malah banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post