Sony merancang untuk melancarkan konsol PlayStation 5 Pro pada sekitar akhir 2023-2024. Ini bertujuan untuk menangani Microsoft yang juga merancang untuk mengeluarkan konsol Xbox Series X/S yang baru. Konsol PlayStation 5 Pro ini akan menerima upgrade untuk AMD SOC baru yang menampilkan prestasi yang lebih tinggi.

Kebocoran bermula dengan menyatakan beberapa pengumuman permainan yang dapat kita harapkan di acara Sony PlayStation Showcase minggu ini. Tajuk-tajuk berikut mungkin akan ada semasa pameran tersebut:
- God of War (Game Teaser/ Trailer)
- Gran Turismo (Gameplay Trailer)
- Stray (Game Trailer)
- Call of Duty: Vanguard Gameplay)
- TLOU: Factions (Rumor)

Tom (MLID) menyatakan bahawa ini hanya beberapa tajuk yang dapat dia sahkan dari sumbernya dengan beberapa kejutan yang lain. Pengumuman mengenai konsol ini mungkin tidak menjadi sebahagian daripada acara PlayStation Showcase kerana masih dalam perancangan. Dinyatakan bahawa Sony sememangnya mengusahakan PlayStation 5 Pro yang akan menjadi varian yang lebih tinggi & premium dari konsol sedia ada. Walaupun tidak ada spesifikasi yang dinyatakan, konsol ini akan menawarkan peningkatan prestasi yang baik untuk menarik minat gamer yang menunggu masa sesuai untuk upgrade PS4 Pro atau PS4 mereka.
Konsol PlayStation 5 Pro dijangka dilancarkan pada akhir 2023-2024 dan akan menampilkan harga sekitar $600 – $700 USD anggaran RM 2492 – RM 2907, sekitar 75% lebih tinggi daripada PlayStation 5. Kenaikan harga mungkin disebabkan oleh kenaikan kos pembuatan dan iktibar dari pelancaran PlayStation 4 Pro. Untuk mendapatkan keuntungan dari konsol Pro, Sony perlu menjual konsol dengan harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan. Jika tidak, setiap unit yang mereka jual akan rugi jika syarikat itu merancang untuk beralih ke SOC baru.

Itu sahaja yang kita dapat daripada khabar angin ni. Dengan stok PlayStation 5 yang masih kurang, korang rasa kehadiran konsol Pro ini akan meningkatkan stok konsol PS5? Adakah korang akan membeli PS5 Pro jika berita ini benar? Jangan lupa untuk ikuti liputan PlayStation Showcase dari kami minggu ini!
Sumber: wccftech
@gamersantaimy
Discussion about this post