Perhatian kepada semua peminat Batman. Beberapa butiran baru tentang game terbaru Batman oleh WB Montreal mungkin telah bocor online. Menurut khabar angin, game terbaru Batman ini akan dipanggil Batman: Arkham Legacy. Selain itu, ia membolehkan pemain bermain sebagai seluruh Bat Family yang terdiri daripada rakan-rakan Batman seperti Robin, Bat Girl, Nightwing dan sebagainya.
Maklumat ini berasal dari tukang bocor E3 2019, Sabi. Sebab saya ingin berkongsi khabar angin Batman ini adalah kerana Sabi telah membocorkan hampir semua perkara mengenai E3 2019. Sabi membocorkan segala-galanya tentang pengumuman Microsoft, Bethesda dan Nintendo pada E3 2019. Bukan itu sahaja, tetapi peguam Nintendo berhubung dengan Sabi selepas E3 2019 Nintendo Direct. Jadi YA! Individu ini merupakan sumber yang boleh dipercayai (sekurang-kurangnya sekarang).
https://twitter.com/New_WabiSabi/status/1186204873370456065
Apa yang menarik juga di sini adalah bahawa pengumuman rasmi Batman: Arkham Legacy mungkin akan muncul tidak lama lagi. Ulang tahun Batman: Arkham Origins’ ialah pada 25 Oktober, jadi Warner Bros mungkin akan mendedahkan game baru Batman dalam minggu ini.
Oleh kerana tiada maklumat yang rasmi lagi, saya amat menyarankan kepada semua yang sedang membaca agar jangan percaya bulat-bulat. Warner Bros mungkin tidak akan mengumumkan apa-apa langsung pada 25 Oktober, tetapi kemungkinan untuk sebuah pengumuman amat tinggi. Lagipun, penerbit sudah pon kantoikan game baru Batman pada bulan lepas untuk ulang tahun ke-80 Batman.
Sumber – Twitter@New_WabiSabi
@gamersantaimy
Discussion about this post