Syarikat Razer nampaknya telah membuat gerakan yang bijak dalam memasuki satu kerjasama bersama Tencent, dengan matlamat untuk membangunkan strateginya dalam arena mobile gaming. Razer merupakan sebuah syarikat yang dikenali sebagai pembuat laptop, smartphone gaming dan paling dikenali adalah peranti gaming.
Berbalik kepada kerjasama bersama Tencent, ianya bakal memberi tumpuan kepada hardware, software dan services. Di antara objektifnya juga adalah untuk mengoptimumkan game mobile daripada Tencent iaitu PUBG dan Fortnite untuk smartphone Razer, controller mobile dan launcher Razer untuk Android iaitu Cortex. Di samping itu, Razer dan Tencent juga sedang mengkaji peluang “monetization” yang baru untuk mobile gaming. Ini mungkin boleh di capai sekiranya Tencent melakukan integrasi kepada perkhidmatan Razer seperti membuat program loyalty.
Berita kerjasama ini di umumkan pada hari yang sama keuntungan Razer di dedahkan, yang menunjukkan peningkatan yang menarik iaitu kenaikan sebanyak 38% menjadikan keuntungan mereka sebanyak USD$714 billion. Kerugian bersih juga menurun kepada USD$97 juta berbanding USD$164 juta pada tahun 2017.
Pengumuman kerjasama ini juga tepat pada masanya kerana, pada masa ini Razer menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pelabur berkenaan perniagaan mereka. Semenjak Razer tersenarai di bursa saham Hong Kong, harga syer mereka tidak meyakinkan.
Ada yang mengatakan bahawa kerjasama bersama Tencent ini adalah hanya sekadar gimik PR, tetapi buat masa ini sukar untuk kita agak apakah kesan sebenar kerjasama dua gergasi ini. Barangkali menarik minat pelabur baru?
CEO Razer, Min Liang Tan bagaimanapun masih tidak memberikan pendapat yang kukuh berkenaan peranti mudah alih syarikat berkenaan. Smartphone Razer tidak pernah dicipta sebagai “iPhone Killer”, tetapi semenjak semenjak tersebarnya berita generasi ke-3 smartphone mereka bakal di batalkan ekoran pembuangan kerja sememangnya mengeruhkan lagi keadaan; dan berita ini tidak diulas oleh CEO Razer.
Sumber: Techcrunch
@gamersantaimy
Discussion about this post