Seperti yang ramai mungkin tahu, game Apex Legends adalah sebahagian daripada dunia Titanfall; dan di dalam dunia Titanfall iaitu The Frontier, terdapat sejenis makhluk seperti Naga yang berkeliaran yang dinamakan Flyers. Ini membangkitkan persoalan, adakah pemain bakal melihat Flyers ini di dalam Apex Legends?
Semenjak Season 1 dan Battle Pass game ini dikeluarkan beberapa hari lalu, seperti biasa golongan dataminers gigih melakukan penelitian ke atas game files yang datang bersama update tersebut. Setelah menelitinya, mereka berjaya menemui sedikit petunjuk mengenai Flyers:
First look at the leaked 'Dragons' in Apex Legends! 🔥
Appeared in the Season 1 trailer, which lead me to Flyer-swarms (seen in trailer), which led me to the model name, which I made a high-def render of below!#ApexLegends (check my comment) pic.twitter.com/OY1K9PleE2
— Apex Legends ~ Leaks & News (@ApexLeaksNews) March 19, 2019
Tetapi ini tidak memberi jaminan bahawa pihak Respawn bakal memasukkan Flyers di dalam Apex Legends. Ini kerana mereka sendiri telah membuat pemberitahuan bahawa kandungan files tersebut tidak semestinya memberikan petunjuk tentang apa yang akan di tampilkan dalam game tersebut. Dan sejak kebelakangan ini, file leaks seperti ini telah menjadi semakin tidak boleh dipercayai. Ini kerana, pihak developer games memang mengetahui yang golongan dataminers ini akan meneliti files mereka, membuatkan mereka menggunakan peluang ini untuk “menipu” dataminers dan komuniti gamers.
Tetapi buat masa ini Leviathan memang telah dimasukkan ke dalam game, mereka seekor makhluk yang sangat besar yang berkeliaran di luar map permainan. Manakala Flyers pula adalah sebesar Titan, sering dilihat terbang di sekeliling Leviathan dan berpaut pada mereka seperti parasit.
Barangkali sekiranya ia dimasukkan ke dalam Apex Legends, ianya hanya sekadar satu sentuhan kosmetik latar belakang map.
Sumber: comicbook.com
@gamersantaimy
Discussion about this post