Dalam satu sesi di GDC baru-baru ini, seorang wakil dari Valve iaitu Kassidy Gerber daripada jabatan business development dan internet infrastructure syarikat itu mengatakan bahawa serangan DDoS sememangnya dijangkakan terutama sekali untuk permainan online berskala besar.
Oleh kerana serangan ini memang akan terjadi ataupun tidak dapat dielakkan, pembangun game online berskala besar yang terkenal disarankan untuk bersedia dengan melindungi server game mereka dan juga pemain-pemain mereka. Gerber juga mengatakan pihak Valve memiliki beberapa strategi sekiranya mereka menjadi sasaran serangan sedemikian, seperti menyembunyikan IP address mereka dan mengalihkan trafik mereka ke tempat lain sekiranya diserang.
Ini menunjukkan komitmen pihak Valve untuk menangani, setidak-tidaknya mengurangkan impak serangan seperti ini terhadap mereka.
Selain daripada itu, pihak Valve juga turut mempamerkan wajah baru Steam Library, di samping satu sistem baru yang membolehkan pemain untuk menjejak events di dalam game mereka.
Sumber: PCGamesn
@gamersantaimy
Discussion about this post