Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerjasama mantap antara Private Division, Moon Studios, League of Geeks & Roll7! Tiga game baru dalam pembangunan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Genre
0 0
0
Kerjasama mantap antara Private Division, Moon Studios, League of Geeks & Roll7! Tiga game baru dalam pembangunan!
Share on FacebookShare on Twitter

Private Division, sebuah label penerbitan dari Take-Two Interactive Software, Inc., mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani tiga perjanjian penerbitan baru dengan pembangun indie terkemuka Moon Studios, League of Geeks, dan Roll7. Kerjasama ini akan memperluas portfolio Private Division yang termasuk francais Kerbal Space Program, The Outer Worlds, Ancestors: The Humankind Odyssey, dan Disintegration.

Here at Private Division, our team is always looking for new and unique projects to share with our community and to the world. We're happy to announce that we're teaming up with three new studios: @moongamestudios, @LeagueofGeeks, & @Roll_7!

Read more: https://t.co/RuGzYR3r7U pic.twitter.com/JRL0w48fFl

— Private Division (@PrivateDivision) July 29, 2020

“Kerjasama kami dengan Moon Studios, League of Geeks, dan Roll7 akan meningkatkan Private Division dengan lebih banyak bakat kreatif terbaik di industri permainan video dari seluruh dunia. Kami gembira untuk bekerjasama dengan pemaju berpengalaman ini untuk memberikan mereka sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan visi kreatif ke tahap seterusnya.” -Michael Worosz, naib presiden eksekutif dan ketua Private Division.

Moon Studios, yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Thomas Mahler dan Gennadiy Korol, ialah studio pemenang anugerah BAFTA yang terkenal dengan karya Ori and the Blind Forest dan Ori and the Will of the Wisps. Pasukan mereka tersebar di seluruh dunia dan terdiri daripada bakat-bakat terkemuka di industri dari seluruh dunia. Hasil kerjasama dengan Private Division, Moon Studios sedang membuat action RPG baru.

“Menghasilkan siri Ori selama satu dekad lalu merupakan pengalaman yang luar biasa bagi pasukan kami, dan kami gembira dapat menumpukan visi lebih tinggi dengan action RPG baru. Kami kaitkan kejayaan ini dengan proses ‘iterative polish’ yang digunakan di Moon Studios, dan meneruskan gaya pengembangan itu untuk membuat permainan video baru yang lebih hebat daripada apa-apa yang pernah kami buat setakat ini.” -Thomas Mahler dan Gennadiy Korol, pengasas bersama Moon Studio.

League of Geeks, yang ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Trent Kusters, Blake Mizzi, dan Ty Carey, adalah pemaju terkenal untuk permainan video papan digital Armello. Berlokasi di Melbourne, League of Geeks ingin meluaskan lagi kejayaan awal dengan permainan video baru dan harta intelek yang bercita-cita tinggi bersama Private Division.

“Sama pentingnya bagi kita untuk membina permainan video dengan hati yang dapat memupuk komuniti pemain yang berdedikasi, seperti mengembangkan permainan video yang kritikal, berbudaya, dan memiliki kejayaan komersial. Kerjasama ini memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan studio kami di samping cita-cita untuk membuat sesuatu di luar jangkaan apa yang telah kami hasilkan sebelum ini.” -Blake Mizzi, pengasas bersama dan pengarah di League of Geeks.

Roll7 adalah studio indie dan merupakan pemenang BAFTA serta pelbagai anugerah yang ditubuhkan di London pada tahun 2008 oleh Simon Bennett, John Ribbins, dan Tom Hegarty. Roll7 mencipta siri OlliOlli, NOT A HERO, dan Laser League, dan bekerjasama dengan Private Division dalam misi untuk mencipta permainan  video yang lebih hebat.

“Karya kami serasi dengan pemain kerana kami berusaha untuk pengalaman permainan yang bagus, gameplay yang lancar, dan mekanik yang mudah. Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan Private Division untuk karya seterusnya dan tidak sabar untuk pemain mencubanya. Kami meningkatkan kreativiti dan skop cita-cita untuk menjadikan projek seterusnya sebagai projek terbaik kami.” -John Ribbins, ketua pegawai kreatif di Roll7.

Dengan kerjasama bersama pemaju-pemaju ini, Private Division akan mengumumkan lebih banyak maklumat tentang setiap projek tertentu pada masa akan datang. Ketiga-tiga permainan video itu sedang dalam pengembangan awal, dan tidak mempunyai tarikh pelepasan yang ditetapkan. Permainan video pertama tidak akan dilancarkan sehingga tahun 2022.

Tags: League of GeeksMoon StudiosPrivate DivisionRoll7
Previous Post

Hadiah sebanyak RM422ribu untuk direbutkan – Overwatch ACE 2020 Championship kini dibuka untuk pendaftaran!

Next Post

Singapore Games Association secara rasmi dilancarkan & sedia untuk pertumbuhan Industri Esports!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Singapore Games Association secara rasmi dilancarkan & sedia untuk pertumbuhan Industri Esports!

Singapore Games Association secara rasmi dilancarkan & sedia untuk pertumbuhan Industri Esports!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd