Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kerana tak laku, Battlefield 2042 mungkin akan jadi Free-to-Play

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 21, 2022
in Artikel, Berita, Epic Store, Origin, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Kerana tak laku, Battlefield 2042 mungkin akan jadi Free-to-Play
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak dilancarkan pada penghujung tahun 2021, Battlefield 2042 telah mengecewakan ramai gamer di seluruh dunia kerana dipenuhi dengan bug, fitur yang tidak lengkap dan beberapa perubahan gameplay yang tidak menyeronokkan. Sejak itu, developer DICE cuba menambah baik game melalui beberapa update, tetapi itu pun tidak cukup untuk membuatkan peminat bertahan. Kini, sebuah laporan baharu mencadangkan bahawa Electronic Arts (EA) akan menerapkan sistem Free-to-Play untuk menjaminkan masa depan Battlefield 2042.

Menurut Tom Henderson, pihak EA “amat kecewa” dengan prestasi Battlefield 2042 setakat ini. Oleh itu, mereka kini sedang “melihat semua pilihan”yang berkait dengan masa depan game tersebut. Nampaknya, antara pilihan yang disebutkan adalah untuk menyediakan Battlefield 2042 secara Free-to-Play. Bagi pendapat saya, ini pun bukanlah satu langkah yang mengejutkan kerana pilihan ini pasti akan mengumpul playerbase yang ramai semula.

EA is reportedly very disappointed with how Battlefield 2042 has performed and is "looking at all the options" when it comes to the title, this is including looking at Free to Play in some capacity.

I'll have more on this tomorrow. pic.twitter.com/WWuDpstyqS

— Tom Henderson (@_Tom_Henderson_) January 20, 2022

Bagi mereka yang tidak tahu, jumlah pemain Battlefield 2042 berkurangan dengan drastik sejak kes kontroversi pada beberapa minggu lepas di mana seorang wakil EA memberi respon kepada peminat Battlefield 2042 yang masih marah dan toksik tanpa henti. Posting tersebut kemudian dikongsi di Reddit Battlefield 2042 yang juga terpaksa dibuang kerana isu toksik melampau.

Disebabkan oleh itu, majoriti pemain membuat keputusan “tidak akan kembali selagi game tersebut tidak dibaiki atau ditambah baik. EA sudah pasti akan cuba sedaya upaya untuk membuatkan 2042 popular tetapi adakah sistem “Free-to-Play” cara yang paling bagus? PUBG pun buat begitu, tetapi ia tidak membuahkan hasil.

Itu sahaja info yang kami ada buat masa ini, tetapi harap-harap lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam masa terdekat. Jika ada pembaharuan, saya akan terus laporkan kepada korang semua.

Adakah Battlefield 2042 akan laku jika ditukar ke model “Free-to-Play?” Jom kongsikan pendapat anda di ruang komen!

Tags: Battlefield 2042Free-to-Play
Previous Post

Pameran Attack on Titan akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura Februari ini!

Next Post

WWE 2K22 bakal dilancarkan pada Mac 2022 di PS5, PS4, Xbox X|S dan PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
WWE 2K22 bakal dilancarkan pada Mac 2022 di PS5, PS4, Xbox X|S dan PC!

WWE 2K22 bakal dilancarkan pada Mac 2022 di PS5, PS4, Xbox X|S dan PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd