Siapa yang memang peminat setia One Punch Man pasti tahu bahawa Saitama adalah yang terkuat dalam siri manga/anime nya, tapi One Punch Man telah memperkenalkan konsep Heroes Association dimana ianya adalah sebuah syarikat organisasi pejuang jenayah yang di senaraikan oleh kuasa mereka untuk menangani misi yang sesuai bedasarkan kelas mereka.
Ada yang kuat dan ada yang pelik, tetapi kesemua mereka kuat disebabkan itu tergolong dalam S-Class walaupun mereka masih jauh berbeza dari kekuatan Saitama yang merupakan pratagonis utama dalam One Punch Man. Tetapi disebabkan mereka di kedudukan S-Class, mereka ibarat raksasa yang senang-senang sahaja dapat menewaskan musuh-musuh! Buat masa ini terdapat 17 hero S-Class dan mungkin akan bertambah selepas episod-episod yang akan datang di Manga atau Anime. Jadi alang-alang nak menanti ONE PUNCH MAN A HERO NOBODY KNOWS rasmi dilancarkan permainanya minggu hadapan, jom usha sikit hero-hero S-Class yang menjadi pujaan hati peminat ni!
Blast
Blast dikedudukan pertama untuk S-Class hero dalam Hero Association. Tetapi, buat masa ini personalitu dia masih tidak diketahui dan mengikut kebocoran maklumat, hanya beberapa ahli Hero Association sahaja yang dapat menghubungi atau berkomunasi denganya.
Tornado of Terror (Tatsumaki)
Tatsumaki walaupun nampak kecil dan muda umurnya yang sebenar adalah 28 tahun. Si kecil molek ini berada dikedudukan kedua dalam S-Class hero kerana kekuatanya psikokinesisnya yang mampu mengangkat dan menghancurkan apa jua objek yang tidak kira saiz! Selain itu, Tatsumaki turut boleh melinsung dirinya dan rakan yang lain dengan perisai mental yang kuat dan garang menjaga adiknya Fubuki.
Silver Fang (Bang)
Walaupun umurnya kategori warga tua, Bang berada dikedudukan ketiga dalam rank S-Class hero disebabkan kehebatan martial arts nya yang menakutkan dan merupakan pencipta serta pengajar Water Flowing Rock Smashing Fist. Bang sebenarnya adalah seorang yang penyayang tetapi tidak pernah menunjukkanya pada anak didikanya malah menunjukkan sifat barannya.
Atomic Samurai (Kamikaze)
Kamikaze merupakan pahlawan pedang yang terkuat dalam One Punch Man dan lebih suka digelar Atomic Samurai. Berada dikedudukan keempat dalam organisasi ini, dia boleh menyerang musuh sepantas kilat dan mempunyai sikap santai semasa pertarungan kerana kekurangan pencabar yang serius. Selalunya dia ditemani tiga muridnya iaitu Iaian, Okamaitachi dan juga Bushidrill.
Child Emperor
Child Emperor merupakan yang termuda dalam S-Class hero, dengan hanya berumur 10 tahum kini berada dikedudukan kelima dan mungkin yang paling bijak dari segi intelek dan kepimpinan. Seperti Iron Man junior, beg galas Child Emperor dipenuhi gajet kejuruteraan untuk melawan musuh, bersama-sama dengan pelbagai perisai berteknologi tinggi dan robot. Dia akan memainkan peranan utama dalam One-Punch Man musim ke-3.
Metal Knight (Dr. Bofoi)
Ibarat Child Emperor tetapi versi tua. Bofoi merupakan seorang saintis genius dan kini menduduki tempat ke-6 untuk S-Class hero yang mengawal pelbagai unit mecha untuk menentang musuh. Selain daripada robot pahlawan utama Bofoi, beberapa tambahan pada mekanikal Metal Knight army telah dilihat sepanjang masa di One Punch Man.
King
Seorang yang misterius dalam One Punch Man musim pertama hingga musim kedua, kuasa King telah ditunjukkan tetapi macam tak pun sebenarnya. Menduduki tangga ke-7, King dikenali sebagai “The Heroes’ Hero” walaupun sebenarnya dia hanyalah dia hanya seorang awam biasa yang secara tidak sengaja mendapat kredit untuk tindakan heroik yang dilakukan oleh Saitama. King juga merupakan salah satu daripada beberapa orang yang mengetahui tahap sebenar kuasa Saitama dan merupakan sebahagian daripada Kumpulan Saitama.
Zombieman
Zombieman menjadi salah satu hero S-Class berkedudukan ke-8 yang menjadi kegemaran kami kerana mempunyai kekuatan yang tidak dapat dinafikan. Kemahiran menembaknya memang hebat tetapi dari segi pertempuran dia paling lemah dalam S-Class. Zombieman dinyatakan sebagai nihilistic mungkin disebabkan oleh fakta bahawa dia telah “mati” beberapa kali.
Drive Knight
Seorang anggota pemberontak Heroes Association dan menduduki tangga ke-9 dalam S-Class hero. Drive Knight merupakan pejuang yang sangat taktikal. Drive Knight adalah android dengan keupayaan untuk berubah menjadi beberapa konfigurasi. Dia juga agak kejam terhadap raksasa, sanggup menggunakan segala cara termasuk penyeksaan, untuk mendapatkan maklumat yang dia inginkan.
Pig God
Tidak terdapat terlalu banyak kemunculan Pig God dalam One Punch Man, tetapi setakat ini dia dikedudukan ke-10 kerana kuasa Pig God tidak terduga. Dia mampu menewaskan Demon Tahap Bencana ditanganya sendiri, dengan boleh memakan apa sahaja, jangan sangka dia tidak mampu menelan terus kesemua musuh-musuhnya!
Superalloy Darkshine
Superalloy Darkshine adalah pangkat profesional S-Class ke-11 dari Hero Association. Wira yang sangat sado ini masih belum dipaparkan secara penuh dalam One-Punch Man setakat ini, tetapi atribut utamanya kelihatan sebagai eksterior yang sukar dilawan. Bersama dengan pertahanannya yang sangat baik, Superalloy Darkshine juga merupakan hero yang sangat kuat.
Watchdog Man
Selain daripada Blast yang dianggap misterius, Watchdog Man lebih misteri dalam S-Class, siap berada dalam kedudukan ke-12! Dia ni seperti tidak mahu keluar dari watak anjingnya termasuk ketika berlawan. Perjuangan Watchdog Man melawan Garou dalam One-Punch Man musim 2 berlaku di luar skrin, dia menggunakan gaya pertempuran binatang yang memang diluar jangkaan!
Flashy Flash
Flashy Flash adalah S-Class ke-13 Hero Association. Beliau adalah bekas ahli Kelas Graduasi ke-44 Ninja Village, yang diberi nama “The End” dan dikenali sebagai yang paling pantas di kalangan S-Class. Jelas tertarik dari anime Naruto untuk inspirasi Flash, Flash juga menggunakan pelbagai teknik berasaskan ninjutsu semasa pertempurannya.
Demon Cyborg (Genos)
Genos merupakan pelajar Saitama yang berusia 19 tahun dan merupakan S-Class hero ke-14. Genos hampir terbunuh ketika bandarnya diserang dengan serangan misterius. Kemudian diberi perubahan dan peningkatan cybernetic oleh Dr. Kuseno dan kini dipenuhi dengan insinerator, roket dan gajet yang dapat dilepaskan dari tubuhnya. Tambahan pada Genos telah memberi kekuatan dan kelajuan yang luar biasa!
Metal Bat (Bad)
Si penggemar besbol bernama Bad ini sebenarnya tidak memperolehi sebarang kebolehan luar biasa yang melebihi kecemerlangan fizikal mentah dan membawa pemukul besbol kelulinua sebagai senjata. Mendapat kedudukan ke-15 dalam S-Class hero, kebolehan terbesar Metal Bat adalah stamina, penentuan dan ketabahan.
Tanktop Master
Tanktop Master adalah S-Class hero ke-16 Hero Association. Beliau adalah ketua Tank Topper Army. Tanktop Master hanya merempuh musuhnya dengan kuat dan dia juga tidak takut untuk mengakui kekalahanya.
Puri-Puri Prisoner
Dan yang terakhir untuk masa ini di tangga ke-17 merupakan Puri-Puri Prisoner yang juga berbadan sado teramat teapi tersangatlah pelik sehingga suka berbogel! Tumbukannya adalah yang paling padu dan memberi kelajuan tidak dapat ditangkas tetapi masih paling lemah terutama berbanding dengan Saitama!
@gamersantaimy
Discussion about this post