Adakah kamu masih ingat permainan video pertama yang pernah kamu main? Jom teman saya dan hidupkan kembali nostalgia ketika saya menjelajahi Retro Game Booth di GameStart Asia 2019!
Booth RetroDNA mempamerkan sejarah penuh Samurai Shodown dan paling best adalah ia boleh dimainkan pada platform asal mereka. Anda boleh memainkannya di Neo Geo AES, Playstation dengan Arcade kit, dan versi arcade itu sendiri! Versi Playstation 4 juga berada di lokasi di mana yang lama dan baru bertembung di satu tempat! Selain itu, setiap permainan dari Playstation hingga Playstation 3, dan PSP tersedia untuk pengunjung beli.
Retrocity pula lebih menampilkan konsol permainan video, bersama dengan permainan video lain. Mesin pinball, Brave Bubble Dragon, permainan video Mario adalah antara yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Pelbagai konsol retro dipamerkan, dengan penerangan untuk mereka yang kurang tahu. Jika kamu benar-benar ingin memiliki beberapa konsol ini, kamu boleh membelinya!
Mana satu yang anda miliki sebelum ini? Virtual Boy bukanlah satu kejayaan komersial, namun ia masih sebahagian daripada generasi konsol permainan lama yang menghiburkan kita, dan menjumpa tempatnya di sini, dimemorikan dalam sejarah lama sistem hiburan maya. Dengan generasi konsol yang akan datang, terutamanya, Playstation 5, kita harus mengekalkannya dalam minda dan teringat bagaimana kita membesar dengan permainan video.
Lihat sahaja Nintendo Gameboy! Kami kini berada di zaman Nintendo Switch dengan pelbagai port keluar minggu demi minggu untuk konsol ini. Tidak sangka, kami telah mencapai sejauh ini, dan pasti akan ada lebih banyak lagi konsol permainan yang akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post