Segar daripada E3 2019, kini lebih maklumat telah didedahkan berkenaan game Jedi Fallen Order! Apa pun mari kita lihat sedikit video permainannya. Pemain bakal ditemani oleh sebuah droid sepanjang permainan:
CEO Respawn Vince Zampella memberitahu peminat boleh memainkan mod single player tanpa sebarang microtransaction, begitu juga dengan loot boxes dimana mereka tidak akan dan tidak bercadang menambahkannya dalam game ini.
Game ini bakal mengambil tempat selepas penamat Revenge of The Sith dimana ia berkisarkan tentang seorang Padawan yang berjaya menyelamatkan diri daripada Order 66.
Ianya bakal berada di PS4, Xbox One dan PC pada 15 November nanti.
Jika dilihat dengan teliti, permainan Jedi Fallen Order ini boleh dikatakan mirip seperti game Uncharted dan juga Force Unleashed. Pemain boleh melihat watak utamanya membuat gerakan seperti larian dinding sambil menggunakan kuasa Jedi untuk mengalahkan musuh.
Terdapat juga sedikit elemen Dark Souls dimana pemain bakal bertempur secara bersemuka dengan musuh yang kuat dalam perlawanan duel.
@gamersantaimy
Discussion about this post