Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kemas kini September untuk sistem perisian PS5 dilancarkan secara global

Maira by Maira
September 15, 2021
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Kemas kini September untuk sistem perisian PS5 dilancarkan secara global
0
SHARES
234
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sony melancarkan kemas kini sistem perisian PS5 besar kedua kepada semua pemilik PS5 di seluruh dunia pada 15 September 2021. Kemas kini ini merangkumi pelbagai peningkatan pada pengalaman konsol PS5 serta sokongan audio 3D untuk pembesar suara TV. Ia juga dilengkapi expansion storan SSD M.2, yang membolehkan pemain PS5 menyimpan dan bermain permainan PS5, permainan PS4, dan aplikasi media secara langsung dari storan berkelajuan tinggi yang diperluas.

Kemas kini terbaru juga memperluas ciri mudah alih dengan sokongan untuk PS Remote Play melalui rangkaian mudah alih, dan kemampuan untuk melihat siaran Share Screen di Aplikasi PS mulai Khamis depan, 23 September.

Berikut adalah beberapa ciri baru utama yang terdapat di PS5, PS4 dan aplikasi mudah alih:

Ciri Kemas kini September sistem perisian PS5

Peningkatan UX PS5

Kemas kini September PS5 menampilkan peningkatan UX baru yang memudahkan pemain melihat, personalize dan mengurus kandungan permainan dan pengalaman konsol mereka:

RelatedPosts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

  • Penyesuaian Control Center. Pemain kini dapat menyesuaikan Control Center mereka dengan lebih bebas dengan menyusun semula atau memilih control untuk hide atau unhide di bahagian bawah skrin.
  • Game Base dipertingkatkan. Pemain dapat melihat dan menulis mesej dengan mudah kepada rakan dan parti secara langsung dari Game Base di Control Center.

Semasa melihat Game Base dalam full screen, pemain juga dapat melihat berapa banyak rakan mereka dalam talian, busy, atau di luar talian, serta menerima, menolak atau membatalkan beberapa permintaan rakan sekaligus.

  • Kemas kini Game Library dan Home Screen. Sekiranya anda install permainan yang sama pada versi PS4 dan PS5, mereka sekarang akan muncul secara terpisah di tab “Installed” di Game Library dan Home Screen. Setiap halaman permainan juga menunjukkan platformnya dengan jelas.
  • Kawalan Screen Reader. Pemain kini boleh pause atau resume Screen Reader (Tekan “butang PS + Segitiga”) dan repeat apa sahaja yang dibacanya (Tekan “butang PS + R1”).

Penyesuaian pengalaman permainan dan sosial baru

  • PlayStation Now resolution selector dan connection test tool. Pelanggan PlayStation Now boleh memilih antara 720p atau 1080p (bergantung pada permainan individu) untuk menampung resolusi video pilihan mereka untuk streaming permainan. Connection test tool juga membantu mereka mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dengan sambungan mereka.
  • Jenis Accolade Baru: “Leader.” Selepas perlawanan dalam talian, pemain dapat memberikan anugerah kepada pemain lain dengan jenis accolade keempat, “Leader”, yang dapat dilihat pada profil pemain.
  • Rakaman video “peribadi terbaik” secara automatik. Klip video akan dirakam apabila pemain bersaing dalam cabaran untuk masa yang lebih baik atau skor yang lebih tinggi. Pemain juga boleh berkongsi klip terbaik mereka secara langsung dari challenge card di Control Center, atau dari Media Gallery mereka. Pemain mempunyai kawalan langsung ke atas fungsi ini melalui tetapan Capture and Broadcast mereka.
  • Trohpy tracker baru. Tracker baru ini membolehkan pemain mengakses hingga lima trofi setiap permainan dengan cepat melalui Control Center.

Sokongan Audio 3D untuk pembesar suara TV

Kemas kini September PS5 menambah sokongan bagi pemain untuk mengalami audio 3D melalui pembesar suara TV mereka. Setelah diaktifkan dalam menu Sound, ciri ini mengubah audio pembesar suara TV dua saluran standard menjadi suara tiga dimensi, meningkatkan rasa “immersive” dalam permainan. Pemain dapat mengukur akustik bilik menggunakan mikrofon pada controller DualSense mereka untuk menggunakan tetapan audio 3D yang dioptimumkan untuk bilik mereka.

Audio 3D melalui headset di PS5 telah menjadi ciri popular dalam kalangan peminat dan pembangun. Dengan menghidupkan ciri ini, pemain dapat menggunakan pembesar suara TV mereka, selain sokongan headset yang telah tersedia sejak dilancarkan.

Sebagai tambahan, pemain dengan Pulse 3D Wireless Headset kini mempunyai akses ke tetapan equalizer dalam Sound Control, yang membolehkan mereka menyesuaikan sound profile mengikut pilihan mereka.

Perluasan storan SSD M.2

Pemain PS5 di seluruh dunia juga dapat memperluas kapasiti storan mereka dengan M.2 SSD, sejenis drive berkelajuan tinggi yang boleh dipasang di konsol PS5 atau konsol Edisi Digital PS5.

Setelah dipasang di konsol PS5 atau PS5 Digital Edition, storan SSD M.2 dapat digunakan untuk memuat turun, menyalin, dan melancarkan permainan PS5 dan PS4, serta aplikasi media. Anda boleh bermain permainan PS5 dan PS4 secara langsung dari storan M.2 SSD dan bebas memindahkan permainan antara storan.

Penting: SSD M.2 mesti memenuhi syarat prestasi dan ukuran minimum yang digariskan di halaman ini. SSD M.2 juga memerlukan pelesapan haba yang berkesan dengan cooling structure (seperti heatsink). Sila baca halaman yang dipautkan di atas dengan teliti sebelum membeli SSD M.2 atau cooling structure untuk digunakan dengan PS5.

Berikut adalah cara memasang SSD M.2 di konsol PS5 anda:

Peningkatan aplikasi PS Remote Play dan aplikasi PS

  • Aplikasi PS Remote Play melalui rangkaian mudah alih
  • Dengan aplikasi PS Remote Play, pemain mampu melakukan streaming dan memainkan permainan PS4 dan PS5 dari jarak jauh, switch antara permainan, dan melihat menu konsol mereka pada mana-mana peranti yang sesuai yang disambungkan ke rangkaian jalur lebar mereka. Sekarang, pemain yang menggunakan aplikasi telefon bimbit di iOS dan Android boleh menggunakan sambungan data mudah alih apabila WiFi tidak tersedia.
  • Internet jalur lebar dengan sekurang-kurangnya 5 Mbps diperlukan untuk PS Remote Play. Untuk pengalaman terbaik, pemain disyorkan menggunakan sambungan berkelajuan tinggi dengan kelajuan muat naik dan muat turun sekurang-kurangnya 15 Mbps.
  • Untuk membantu menguruskan jumlah data yang digunakan melalui sambungan mudah alih, pemain dapat memilih kualiti video mereka untuk streaming.
  • Harap maklum bahawa kualiti dan sambungan pengalaman remote play anda mungkin berbeza bergantung pada rangkaian mudah alih dan persekitaran anda.
  • Menonton Share Screen di PS App
  • Mulai hari Khamis depan, 23 September, kemas kini PS App akan mula dilancarkan ke seluruh dunia dan memberi pengguna kemampuan untuk menonton Share Screen rakan mereka.
  • Anda perlu sertai voice chat parti dari peranti mudah alih anda dengan rakan yang bermain di konsol PS5. Kemudian minta rakan anda di PS5 untuk memulakan siaran Share Screen mereka. Harap maklum, hanya pemain PS5 yang dapat buat siaran melalui Share Screen.
  • Versi kemas kini Android adalah pelepasan bertahap dan mungkin mengambil masa satu minggu untuk kemas kini tersedia pada peranti mudah alih anda.

Peningkatan konsol PS4

Sony juga memperkenalkan beberapa ciri baru untuk PS4, termasuk kebolehan pemain untuk melihat trofi PS5 mereka di profil PS4 dan senarai Trofi mereka. Pemain juga dapat melihat trofi PS5 pemain lain di PS4. Pemilik Parti juga boleh membubarkan parti tanpa mengeluarkan pemain secara individu pada konsol PS4 dan PS5.

Sumber: PlayStation Blog

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ps5Remote PlayUpdate
Previous Post

Game F2P Star Wars: Hunters mengumumkan info baru, pra-daftar sekarang!

Next Post

Nampaknya anime FATE/GRAND ORDER THE MOVIE akan ditayangkan di GSC Cinemas Malaysia bermula 16 Sep ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Nampaknya anime FATE/GRAND ORDER THE MOVIE akan ditayangkan di GSC Cinemas Malaysia bermula 16 Sep ini!

Nampaknya anime FATE/GRAND ORDER THE MOVIE akan ditayangkan di GSC Cinemas Malaysia bermula 16 Sep ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd