Epic Games Store baru sahaja mengemas kini game percuma terbaru mereka untuk semua pengguna PC. Lebih khusus lagi, sesiapa yang mempunyai akaun Epic Games Store kini boleh memuat turun Death Coming secara percuma. Satu-satunya syarat ialah anda harus muat turun sebelum 14 Mei. Setelah 14 Mei tiba, Death Coming akan kembali ke harga normal dan diganti dengan game percuma lain. Pada saat menulis, Epic Games Store belum mendedahkan apakah game percuma seterusnya selepas Death Coming, tetapi menjelaskannya sebagai “permainan misteri“. Ini menunjukkan bahawa game tersebut mungkin lebih terkenal dan taraf AAA.
Kembali ke permainan asal, Death Coming membuat debutnya pada tahun 2017 oleh NEXT Studios dan menerima banyak pujian baik oleh pengguna. Buat masa ini, 90% pengguna Steam memberi ulasan positif daripada hampir 2500 ulasan. Mesti ramai tertarik kan apabila melihat statistik ini? Dalam Death Coming, anda membantu dewa Kematian untuk menyelesaikan tugas hariannya yang terdiri daripada membunuh dan mengumpul jiwa. Tidak kira sama ada betul atau salah. Berikut adalah rumusan rasmi:
“Anda mati. Tetapi itu bukanlah penghujungnya. Anda telah menjadi seorang Reaper yang mempunyai kuasa kematian, tetapi peraturan wujud dalam kehidupan supernatural ini. Reaper menamatkan hidup, tetapi ia tidak dapat mengendalikan manusia secara langsung kerana klausa Kebebasan Diri. Sebagai Reaper, anda mesti merancang dan melaksanakan pembunuhan dengan menggunakan persekitaran. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan Minions of Light, yang akan berusaha untuk menyelamatkan manusia daripada nasib seram mereka!”
Muat turun Death Coming sekarang! Pautan disediakan dibawah:
@gamersantaimy
Discussion about this post