Tiga hari lagi bakal hadir di PlayStation 4 untuk permainan video Nioh 2 ini yang membawa aksi pengembaraan dalam era Sengoku Jepun. Merupakan sebuah permainan dari Team Ninja dan diterbitkan oleh Koei Tecmo dan Sony Interactive Entertainment, juga merupakan sebuah permainan yang gempak pada keluaran Nioh yang pertama pada tahun 2017. Kini ianya akan hadir ke PlayStation 4, 13 Mac 2020 ini dan dalam November tahun ini untuk PC.
Pertama kali diumumkan di E3 2018 ketika sidang media Sony, kemudian beta terbuka yang pertama dibuka pada 1 November diikuti dengan percubaan kali kedua Februari lalu. Pemain ketika menyertai ujian beta ini turut akan menerima kosmetik dalam permainan percuma ketika pelancaran kehadiran keseluruhan permainan 13 Mac ini di PlayStation 4.
Nioh yang pertama mendapat review-review yang baik dari pemain, jadi dengan harapan agar Nioh 2 turut dapat memberi pemain setia yang terbaik sekali lagi. Di set kan pada tahun 1555, Nioh 2 secara teknikal merupakan prekuel dan mengisahkan Yokai Spirit yang pemain boleh mereka watak tersebut dan pemain dapat menggunakan pelbagai senjata lagenda seperti odachi dan kusarigama serta peroleh pelbagai skil ketika didalam permainan.
Buat masa kini, jalan penceritaan akan melihat persegi protagonis terhadap yokai semasa persaingan kritikal dalam konflik meluas di Jepun. Malah protagonis nampaknya dihubungkan dengan tokoh-tokoh bersejarah, kerana dikatakan bahawa bahagian manusia itu akan menjadi Toyotomi Hideyoshi, seorang samurai dan penguasa yang terkenal dengan membawa era Sengoku. Fakta ini agak menarik disebabkan watak pratagonis dicipta dari kita sendiri di Nioh 2, jadi pastinya hubungan sebenar dapat dimainkan secara menarik.
Melalui open beta yang dibuka 28 Februari 2020 lalu, pemain menyatakan watak akan dihasilkan sendiri dengan pemilihan antara 4 jenis cara berlawan, termasuk Ninja, Samurai dan Onmyo Magic Styles juga yang terbaru Shiftling Styles yang menggunakan latar belakang protagonis yokai. Juga senjata yang boleh digunakan pada awal permainan, pemain dapat menggunakan Dual Hatches dan Switchglaive dimana terdapat beberapa konfigurasi yang pemain perlu gunakan.
Okay, kita teruskan pula dengan barangan bonus pre-order yang kini boleh didapati di PlayStation Store!
Bonus Pre-Order Nioh 2
Pre-Order tidak kisah lah antara versi salinan fizikal atau digital, Nioh 2 akan mendapat akses beberapa bonus tersedia. Ianya merupakan set Demon Horde Armor, Sudama Netsuke Charm, tema PS4 Nioh 2 dan avatar PlayStation Nioh 2.
Pre-order Edisi Standard Nioh 2
Pre-Order edisi Standard di PlayStation Store sekarang dan anda akan mendapat kesemua bonus seperti yang tersebut diatas serta dapatkan First Samurai armour set yang boleh dibeli sebelum 25 Mac 2020 sebagai bonus pembelian awal permainan. Untuk edisi Standard anda boleh dapatkannya pada harga RM253.00.
Pre-order Edisi Deluxe Nioh 2
Beralih pula pada edisi Deluxe Nioh 2 dimana pemain akan mendapat barangan fizikal seperti steelbook case dan art book. Dalam masa yang sama pemain juga akan mendapat pas bermusim dan bonus pre-order. Sama seperti edisi Standard, pemain akan menerima Tema Nioh 2 juga Avatarnya. Tidak terlupa pemain akan mendapat bonus selepas pelancaran yang termasuk Demon Horde armour set (9 jenis), Sudama netsuke charm juga First Samurai armour set. Anda boleh mendapatkan edisi Deluxe ini pada harga RM349.00.
Jadi jangan lupa dengan kehadiran permainan penuh Nioh 2 13 Mac 2020 ini okay! Dah main tu jangan lupa kongsi pengalaman anda dekat kami ye!
@gamersantaimy
Discussion about this post