Setiap minggu kita disajikan dengan episod hebat Jujutsu Kaisen Season 2 oleh MAPPA. Walaupun begitu, kisah di sebalik penghasilan anime tersebut tidaklah begitu indah. Kalau anda ingin tahu, ramai juruanimasi yang terlibat dengan penghasilan Jujutsu Kaisen Season 2 sudah begitu penat dengan jadual MAPPA yang membuatkan ramai antara mereka kerja lebih masa tetapi dengan bayaran yang tidak setimpal.
Kalau anda berada di Twitter atau X dan mengikuti komuniti anime di sana, anda pasti akan bertemu dengan tweet yang dikeluarkan oleh juruanimasi MAPPA yang terlibat dengan penghasilan Jujutsu Kaisen Season 2. Dengan tayangan episod baharu menghampiri, ramai antara mereka yang menyuarakan tentang keadaan bekerja di studio tersebut yang nampaknya begitu teruk.
Salah seorang pengarah anime tersebut, Arai Kazuto sudah tidak tahan dengan kerja tersebut sehingga merasakan ia bukan sesuatu yang menyeronokkan untuk dilakukannya. Itsuki Tsuchigami yang sering lantang mengenai situasi teruk di studio itu turut retweet segala tweet lamanya yang mengkritik studio tersebut.
Melihat kerja banyak yang perlu diselesaikan sebelum tayangan sudah semestinya meletihkan. Kalau keadaan ini semakin teruk, ada kemungkinan masalah lain pula yang akan timbul terhadap produksi siri ini. Anda boleh rujuk AnimeHunch untuk membaca laporan penuh mereka terhadap situasi yang teruk yang dihadapi oleh juruanimasi MAPPA buat masa ini. Memang perit rasanya membaca tweet-tweet yang dikeluarkan oleh mereka.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post