Seperti yang ramai tahu, Anime berasal dari Jepun dan mempunyai pelbagai genre seperti Shoujo, Aksi, Fantasi dan banyak lagi! Anda perasan tak beberapa kartun terutama yang dikeluarkan di Cartoon Network nampak seperti Anime, atau ramai beranggapan kartun-kartun tersebut memang daripada Jepun. Sebenarnya tidak, ada beberapa kartun yang popular sebenarnya berinspirasikan anime tetapi berasal dari negara antarabangsa!
Jadi korang teringin nak tahu tak kartun-kartun yang dimaksudkan itu? Jom lihat senarai kami dibawah ini. Janga terkejut ya!
AVATAR: THE LAST AIRBENDER
100% masa dulu ingatkan Avatar The Last Airbender ni berasal dari Jepun sebab memang ternyata nampak macam Anime! Bukan sahaja jalan cerita fantasi, dan sekeliling yang memang nampak seperti budaya Asia, gaya lukisanya terutama membuat emosi pun turut nampak macam anime!
Jadi yang sebenarnya kartun ini berasal dari Amerika Syarikat yang dicipta oleh Bryan Konietzko dan Michael Dante DiMartino untuk Nickelodeon Animation Studio!
Steven Universe
Kebanyakkan dalam episod didalam Steven Universe memang diilhamkan oleh anime sepeti Neon Genesis Evangelion, Captain Harlock dan Cowboy Bebop. Pencipta Steven Universe, Rebecca Sugar ternyata tidak segan untuk berkongsikan bahawa dia memang minat anime terutamanya seperti One Piece, Revolusioner Girl Utena, dan Detective Conan. Dia terinspirasi oleh bagaimana Utena bermain dengan jangkaan jantina, yang juga kita lihat banyak di Steven Universe. Utena telah dirujuk dalam pertunjukan dengan pelbagai perkelahian, sudut dan bagaimana Steven menarik pedang Rose keluar dari kepala Lions.
RWBY
RWBY atau disebut “Ruby” 100% menyerupai Anime! Iya kartun ini sememangnya bukan anime asli dari Jepun, dan ianya berasal dari Amerika Syarikat! Perkara lain yang rumit sama ada ia sebenarnya anime atau hanya berdasarkan anime adalah ia juga berdasarkan siri web yang ditarik oleh seorang artis manga. Inilah sebab mengapa banyak merujuk kepada pameran ini sebagai “anime Amerika.” Yang menarik dari tajuk ini RWBY sebenarnya bedasarkan nama watak utama Ruby, Weiss, Blake dan Yang, juga dari tema mereka Red, White, Black dan Yellow (Merah, Putih, Hitam dan Kuning)! Berkenan dengan awek-awek ni? Pergi tengok online okay!
HI HI PUFFY AMIYUMI
Percaya tak, ini salah satu kegemaran kami di Cartoon Network dahulu, zaman-zaman Teen Titans semua? Hi Hi Puffy AmiYumi merupakan hasil Sam Register khas untuk Cartoon Network. Disiarankan pada tahun 2004-2006, kartun ini adalah bedasarkan dari artis J-pop yang tersangat popular ketika itu iaitu Puffy AmiYumi! Kedua mereka ini mempunya gaya dan personaliti yang memang menarik perhatian ramai peminat. Jadi dengan gaya visul jelas anime ditunjukkan dari kesemua gaya wataknya! Dan kartun ini memang popular bukan setakat di A.S, Jepun pun sama okay!
SAMURAI JACK
Banyak inspirasi yang telah dimasukkan dalam kartun Samurai Jack sebenarnya, seperti filem noir dan buku-buku komik. Walau bagaimanapun, konsep anime memang nyata dalam kartun ini terutama ianya meneroka banyak dunia yang aneh dan futuristik dalam filem anime Akira. Pencipta kartun ini turut berkongsi bahawa dia mengambil inspirasi dari filem Kungfu dan anime klasik untuk adegan pertarungan!
THE POWERPUFF GIRLS
Dengan mata besar dan comel macam chibi, ternyata siri kartun Powerpuff Girls yang popular ini nampak seperti memang berasal dari Jepun. Yang nyatanya, The Powerpuff Girls adalah siri animasi superhero berasal dari A.S dan dicipta oleh Craig McCracken untuk Cartoon Network Studios! Tetapi, jangan lupa, versi Anime juga telah dihadirkan pada tahun 2006 yang bernama Powerpuff Girls Z yang dicipta oleh Megumu Ishiguro.
CASTLEVANIA
Salah satu siri di Netflix ini sering disalah sangka sebagai anime oleh kerana watak animasi dan tema nya sama seperti anime. Bedasarkan siri permainan video dari Konami, siri ini pada asalnya dirancangkan sebagai sebuah filem, yang dibangunkan oleh produser Kevin Kolde dan Projek 51. Kolde mempunyai kontrak skrip dengan penulis Warren Ellis pada tahun 2007; projek itu memasuki ‘development hell’ sehingga kira-kira 2015, Adi Shankar mendapat projek itu dan dijemput oleh Netflix. Dan dari situlah Powerhouse Animation Studios menyertai pasukan dan pengeluaran siri ini bermula. Gaya seninya sangat dipengaruhi oleh anime Jepun dan karya seni Ayami Kojima di Castlevania: Symphony of the Night, dengan pasukan pengeluaran termasuk anggota staf yang bekerja dalam industri anime Jepun. Oh patutlah serupa je dengan anime!
TEEN TITANS
Hadir pertama kali di Cartoon Network, peminat pasti kenal Robin, Raven, Starfire, Beast Boy dan Cyborg. Teen Titans yang asal ternyata tersangatlah menarik, cuma pada tanggapan pertama memang ingat siri animasi ini dari Jepun juga! Iyalah, tengok sendiri dari segi animasinya, memang nampak macam anime jua. Mana tidaknya, Teen Titans dicipta oleh Glen Murakami dimana beliau juga yang menghasilkan Ben 10! Sehingga kini masij disiarankan tetapi dengan nama baru Teen Titans Go! Dan penyanyi asal untuk lagu tema Teen Titans adalah Puffy AmiYumi!
Jadi, terkejut tak siri-siri ini sebenarnya berasal dari Amerika Syarikat? Nampak tak pengaruh Anime dari Jepun memang membawa ke serata dunia! Siapa saja yang tak suka Anime kan! Long Live Anime! Mana satu kegemaran? Jom kongsikan dekat Facebook kami!
@gamersantaimy
Discussion about this post