Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

KANTOI! Horizon Zero Dawn 2 mungkin dibangunkan untuk PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 2, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
KANTOI! Horizon Zero Dawn 2 mungkin dibangunkan untuk PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Khabar angin tentang sekuel permainan terkenal, Horizon Zero Dawn, semakin menjadi kenyataan dan mungkin akan didedahkan di acara PS5 terdekat. Semasa PlayStation mengumumkan acara ini di Twitter, dua pemaju Horizon Zero Dawn secara individu telah retweet posting tersebut dan membuat komen seolah-olah mereka akan mengumumkan sekuel Horizon Zero Dawn.

Satu tweet dibuat oleh Lead Animator Richard Oud, manakala yang kedua dibuat oleh Senior Quest Designer Blake Rebouche. Kedua-dua tweet itu berlaku sejurus selepas Sony membuat pengumuman mengenai acara PS5, lalu dibuang dengan segera.

Tweet Rebouche jauh lebih mendedahkan berbanding Oud. Dia hanya berkata, “Sertai kami,” seolah-olah Guerrilla Games ialah sebahagian daripada acara PS5 tersebut. Ini bukan pengesahan rasmi, tetapi merupakan pilihan ayat yang unik memandangkan acara PS5 ini bertujuan untuk mendedahkan permainan video rasmi di PlayStation 5.

Ia lebih mencurigakan apabila kedua-dua tweet itu dibuang dengan segera. Bagi pendapat saya, Sony mahu kehadiran Guerrilla Games di acara itu sebagai satu kejutan memandangkan sekuel Horizon Zero Dawn adalah salah satu permainan yang paling dinanti-nantikan untuk PlayStation 5.

Guerrilla Games masih mempunyai satu tweet mengenai acara itu, yang dimuat naik oleh akaun twitter rasmi Horizon Zero Dawn. Tidak seperti kedua-dua tweet di atas, ini tidak menyampaikan apa-apa mesej mencurigakan dan hanya menampilkan dua emoji “tangan di atas mulut“. Kekurangan konteks dalam mesej ini mungkin satu-satunya sebab mengapa ia masih belum dibuang.

🤭🤭 https://t.co/825y8WxLCJ

— Horizon II: Forbidden West (@HorizonFWgame) May 30, 2020

Malangnya, Sony telah menangguhkan acara pendedahan permainan PlayStation 5 pula. Mungkin apabila tarikh baru diumumkan untuk acara, kita boleh tahu lebih tentang apa yang sebenarnya pasukan Horizon Zero Dawn ingin dedahkan.

Tags: horizon zero dawnHorizon Zero Dawn 2playstation 5ps5sekuel
Previous Post

Modern Warfare Season 4 & COD: Mobile turut ditangguhkan kerana isu kematian George Floyd!

Next Post

Mengapa Godzilla berubah daripada Kaiju jahat kepada sebuah Hero! Diterangkan oleh Teruyoshi Nakano!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Mengapa Godzilla berubah daripada Kaiju jahat kepada sebuah Hero! Diterangkan oleh Teruyoshi Nakano!

Mengapa Godzilla berubah daripada Kaiju jahat kepada sebuah Hero! Diterangkan oleh Teruyoshi Nakano!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd