Kepada korang yang ada PlayerUnknown’s Battleground, sekarang ni dekat test server dia orang tengah cuba untuk buat 1 event mode. Event apa tu? Ha, jom ikut aku untuk entri kali ni.
Untuk event mod kali ni, katanya dia macam custom match, tapi preset. Maksudnya dia dah set siap-siap untuk korang. Untuk event mod kali ni, dan minggu ni, korang boleh main squad sampai 8 orang satu team, dan loot akan jadi dua kali ganda! fuhhh~ tapi, korang kene ingat, mod ni hanya available untuk TPP mode sahaja dan di map Erangel.
So, kepada korang yang ada dan dah beli PUBG, sila download test server untuk cuba event mode kali ni. Dan match tu tidak akan dikira rank korang, tapi korang masih lagi dapat BP.
Akhir sekali, untuk kali ni, PUBG adakan Flare Gun untuk next iteration.
Lepas diorang test and stabil, diorang merancang untuk masukkan kedalam live server! Pihak PUBG Corps. akan bagitahu update di kemudian hari.
Kepada semua pemain PUBG, apa lagi~ Jom kita bermain berhuru-hara bersama rakan-rakan!
@gamersantaimy
Discussion about this post