Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Action, Artikel, Berita, PS5, RPG
0 0
0
Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun Stellar Blade pernah mengundang kontroversi kerana reka bentuk protagonis EVE yang dianggap terlalu seksi, ia kemudian menjadi salah satu game single-player paling seronok untuk bermain pada tahun ini. Malah, popularitinya tidak berhenti di situ kerana jumlah pemain Stellar Blade nampaknya telah meningkatkan secara mendadak di PS5!

Laman web True Trophies mendedahkan bahawa jumlah pemain Stellar Blade telah meningkat sebanyak 40.14% sejurus selepas update terbaru. Data tersebut diambil daripada lebih 3.1 juta akaun PSN pada 28 Julai 2024. Memandangkan Stellar Blade tidak menampilkan elemen live-service, ini merupakan lonjakan yang sangat tinggi, yang pasti dikaitkan dengan Summer Update baru-baru ini.

Kredit: SHIFT UP

Stellar Blade ‘Summer Update’ dikeluarkan pada 25 Julai lalu, dan membawa sejumlah kecil pembetulan dan penambahbaikan kepada game aksi popular tersebut. Pertama sekali, update itu menambah dua pakaian baharu untuk EVE, serta kawasan kecil yang boleh digunakan untuk berehat buat sementara di Great Desert Oasis. Walaupun update ini meneruskan tradisi Stellar Blade untuk menambah lebih banyak pakaian, hakikatnya ia tidak membawa banyak kandungan baharu – sedangkan jumlah pemain meningkat secara drastik.

Kredit: SHIFT UP

Malah, update baharu juga tidak membawa Photo Mode yang dinantikan-nantikan. Asalnya didedahkan pada bulan Jun, Photo Mode Stellar Blade sepatutnya dikeluarkan sekitar bulan Ogos, mengikut roadmap, tetapi laporan terkini menunjukkan bahawa ciri ini mungkin ditangguhkan.

Kredit: SHIFT UP

Beberapa hari lalu, sebuah khabar angin turut muncul bahawa produksi untuk Stellar Blade versi PC akan bermula tidak lama lagi. Walaupun kami tahu SHIFT UP berminat untuk menghasilkan versi PC, mereka tidak pernah memberi keputusan rasmi. Adakah khabar angin benar atau tidak? – Saya tidak pasti tetapi kita tidak boleh menolak kemungkinan, memandangkan Sony sedang gigih membawa game eksklusif PS5 ke platform PC.

Tags: Stellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV ‘Season of the Infernal Hordes’ Akan Datang 7 Ogos!

Next Post

Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 – Mampu Ke PC Anda?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 – Mampu Ke PC Anda?

Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 - Mampu Ke PC Anda?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd