Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 – Mampu Ke PC Anda?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
Spec PC Rasmi Untuk EA Sports FC 25 – Mampu Ke PC Anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang diumumkan pada pertengahan bulan ini, game bola sepak terbaru ‘EA SPORTS FC 25‘ akan hadir ke Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S dan PC pada 27 September. Lebih khusus lagi, pemain PC boleh membeli game ini di Steam atau Epic Games Store. Namun, setiap game baru pasti datang dengan banyak perubahan grafik, dan EA Sports FC 25 tidak terkecuali.

Kredit: EA Sports

Jika anda merancang untuk membeli dan bermain EA Sports FC 25 di PC anda, pertama sekali anda boleh memastikan bahawa PC anda mampu menjalankan game ini terlebih dahulu. Nasib baiklah EA Sports mengeluarkan maklumat rasmi untuk sistem paling minimum dan disyorkan untuk bermain game ini dengan lancar.

Berikut adalah butiran lengkap:

Minimum

  • OS: Windows 10 – 64-Bit (Latest Update)
  • Processor (AMD): AMD Ryzen 5 1600
  • Processor (Intel): Intel Core i5 6600k
  • Memory: 8GB
  • Graphics card (AMD): RX 570
  • Graphics card (Nvidia): GTX 1050 Ti
  • Direct X: 12
  • Storan: 100 GB

Disyorkan/Recommended

  • OS: Windows 10 – 64-Bit (Latest Update)
  • Processor (AMD): AMD Ryzen 7 2700X
  • Processor (Intel): Intel Core i7 6700
  • Memory: 12GB
  • Graphics card (AMD): RX 5600 XT
  • Graphics card (Nvidia): GTX 1660
  • Direct X: 12
  • Storan: 100 GB

Dengan Jude Bellingham sebagai atlet muka depan, ansuran baharu ini memperkenalkan beberapa ciri inovatif yang bertujuan untuk meningkatkan gameplay dan keasyikan pemain.

Pertama, EA Sports FC 25 memperkenalkan mode baharu bernama 5v5 Rush, yang menawarkan cara baharu kepada untuk menikmati game bersama rakan dalam Football Ultimate Team, Clubs dan Kick-Off. Dalam Football Ultimate Team Rush, anda boleh mengumpulkan pasukan 5 pemain impian dengan sehingga tiga rakan, masing-masing mengawal pemain kegemaran mereka.

Seterusnya, FC 25 menampilkan FC IQ, satu rombakan kepada asas-asas taktikal di dalam game untuk menawarkan kawalan strategik yang dipertingkatkan dan pergerakan pasukan yang lebih tulen. Pemain juga boleh melihat model AI baharu menggunakan data dunia sebenar, yang mempengaruhi strategi melalui Player Roles serba baharu.

Mode Manager Career dan Player Career turut dipertingkatkan untuk membolehkan pemain menghidupkan semula cerita yang paling menarik dari dunia bola sepak sebenar. Dalam Player Career, peminat boleh mengalami semula kisah bekas Icon menggunakan pasukan moden dan bermain sebagai atlet wanita buat kali pertama.

Jika berminat, anda boleh pre-order EA Sports FC 25 sekarang! Jika pre-order Ultimate Edition, anda juga boleh dapatkan akses awal kepada game penuh sehingga 7 hari bermula 20 September.

ShareTweetSend
Previous Post

Jumlah Pemain Stellar Blade Bertambah 40% Selepas Summer Update!

Next Post

Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Alami Saga Saiyan & Namek Dalam Gameplay Baru DRAGON BALL: Sparking ZERO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd