Nampaknya game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade sudah mendapat tarikh pelancaran rasminya! Diumumkan melalui akaun rasmi X game, Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan dilancarkan pada 21 November ini! Kurang seminggu daripada sekarang, anda bolehlah alami game adaptasi siri manga oleh Akutami Gege ini! Walaupun begitu, game ini hanya tersedia di Jepun untuk Android dan iOS. Jadi anda perlu menggunakan akaun Jepun ataupun menggunakan aplikasi third-party untuk bermainnya.
Tentang Jujutsu Kaisen: Phantom Parade
Ia merupakan game turn-based yang berdasarkan siri anime dan cerita Jujutsu Kaisen. Pemain akan alami semula penceritaan siri anime dengan lakonan suara penuh. Sebagai tambahan, cerita itu juga meberikan pelbagai perspektif watak, jadi anda boleh lihat perkara yang tidak pernah ditayangkan dalam anime.
Serangan dalam siri ini sudah tentu berdasarkan power system yang melibatkan sihir dan juga kekuatan fizikal. Terdapat skill, abiliti istimewa yang tersedia untuk anda gunakan untuk mengalahkan musuh. Tidak dilupakan juga Cursed Energy yang diperlukan untuk menggunakan abiliti tertentu. Setiap Ultimate watak juga berbeza antara satu sama lain, dan masing-masing mendapat animasi khas tersendiri.
Seperti game anime lain, Phantom Parade turut hadir dengan sistem gacha untuk pemain dapatkan watak-watak yang diingin untuk parti mereka. Terdapat dua jenis item yang terdapat dalam banner gacha iaitu watak SSR dan memori. Jadi kalau anda ingin Gojo, Sukuna mahupun trio kesayangan siri ini, kenalah gacha apabila game ini keluar nanti. Jangan risau, kerana terdapat ganjaran yang menanti anda kerana kempen pra-daftar game sudah pun selesai dengan semua milestone kempen dicapai!
Harap-harap sangat game ini mendapat pelepasan global nanti. Bolehlah kita main beramai-ramai nanti! Jujutsu Kaisen juga mempunyai satu lagi game yang akan keluar pada tahun depan, iaitu Jujutsu Kaisen Cursed Clash yang akan dikeluarkan untuk konsol dan PC. Jadi masih ada game lain yang peminat boleh nantikan!
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post