Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jewel Changi Airport Menyambut Musim Cuti Dengan kempen “Super Mario Pipe Around the World”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 16, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Kolaborasi
0 0
0
Jewel Changi Airport Menyambut Musim Cuti Dengan kempen “Super Mario Pipe Around the World”
Share on FacebookShare on Twitter

Lapangan Terbang Jewel Changi (Jewel) menyambut musim cuti 2023 dengan acara bertemakan Super Mario, Pipe Around the World – event pertama sebegini di Asia Tenggara. Berlangsung sehingga 1 Januari 2024, masuki dunia Super Mario yang menampilkan seluruh keluarga Mario, sesi temu ramah eksklusif dengan Mario dan Luigi, dan beg Pipe Around the World edisi terhad di Jewel.

Kredit: Gamer Santai

Pipe Around the World Di Jewel

Kredit: Gamer Santai

Di Shiseido Forest Valley, peminat Super Mario boleh mendapat peluang untuk ‘melompat’ ke dalam paip berwarna-warni dan menangkap gambar bersama watak-watak yang disayangi dan item power-up yang ditemui dalam dunia Super Mario di Pipe Around the World at Jewel.

Kredit: Gamer Santai

Pelawat boleh memulakan pengembaraan Super Mario bermula di dari installation 3D utama yang setinggi lima meter.

Tiga paparan besar – blok [?], Super Star dan Super Mushroom – masing-masing setinggi dua meter, sesuai untuk peminat dan pelawat sama-sama membuat pose dan membayangkan mereka memperoleh abiliti istimewa baharu.

Kredit: Gamer Santai
Kredit: Gamer Santai

Lapan tempat foto lain menampilkan watak Super Mario yang terkenal seperti Princess Peach, Toad, Bowser, Goomba, Yoshi dan Super Mario Pipes yang ikonik. Tempat foto ini membolehkan peminat mengambil gambar bersama watak kegemaran mereka, atau malah berpura-pura diangkut ke salah satu dunia Super Mario melalui 56 paip yang terletak di seluruh Jewel.

Jumpa Mario & Luigi Dalam Meet-and-Greet

Peminat Super Mario akan mendapat peluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan watak Mario dan Luigi pada 17, 18 dan 19 November (12pm, 2pm dan 4pm), di South Gateway Garden di Level 2.

Dapatkan Hadiah Istimewa Dengan Setiap Perbelanjaan

Kredit: Gamer Santai

Selaras dengan kempen, Jewel dan Nintendo telah mencipta barang Jewel premium, khas untuk pembelian dengan setiap perbelanjaan S$50 dalam satu resit. Barangan premium ini termasuk kusyen & bantal leher 2-dalam-1 berharga S$13, beg kanvas bergaya pada harga S$12 dan travel pouch yang juga berharga S$12.


Pada masa yang sama, Nintendo telah membuka Pop-Up Store di Singapore buat tempoh masa terhad, dari 17 November 2023 hingga 1 Januari 2024. Di sini, cawangan Singapura akan menampilkan merchandise daripada game popular seperti Super Mario, Animal Crossing , Legend of Zelda, Splatoon dan Pikmin – yang sebelum ini  hanya tersedia di kedai Nintendo Tokyo, Nintendo Osaka dan Nintendo Kyoto.

Baca pengalaman kami di SINI!

Untuk maklumat lanjut tentang KEDAI POP-UP Nintendo di SINGAPURA, sila layari laman web rasmi di SINI!

Tags: Jewel Changi AirportSuper Mario Pipe Around the World
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di Nintendo Pop-Up Store Singapore, Buka Sekarang Hingga 1 Januari!

Next Post

Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Akan Menemui Peminat pada 21 November di iOS & Android!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Akan Menemui Peminat pada 21 November di iOS & Android!

Jujutsu Kaisen: Phantom Parade Akan Menemui Peminat pada 21 November di iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd