Rasanya ramai yang teruja untuk melihat pertarungan antara Gojo dan Sukuna, yang kini dalam badan Megumi. Dalam bab terbaharu Jujutsu Kaisen, pertarungan yang dinanti-nantikan akhirnya bermula tetapi ada juga beberapa perkara mengejutkan yang telah didedahkan. Jom kita lihat apa yang sebenarnya terjadi dalam bab 223 Jujutsu Kaisen “Inhuman Makyo Shinjuku Showdown Part 1.”
Amaran! Terdapat spoiler untuk manga Jujutsu Kaisen bab 223!
Setelah lama berada dalam Prison Realm, Gojo berasa seperti sudah begitu lama dia tidak berada di Shibuya. Sempat lagi dia menceritakan perasaannya ketika dalam alam tersebut. Sambil mengetahui keadaan tempat tersebut, dia akhirnya berjumpa dengan Utahime dan Gakuganji. Manakala Sukuna yang nampaknya sudah mengenali tempat pertarungannya dengan Gojo.
Selepas itu, kita telah didedahkan dengan perkara yang mengejutkan mengenali orang atasan komuniti Jujutsu. Gakuganji meminta maaf kepada Gojo atas kematian Yaga. Gojo seperti sudah tahu mengapa Yaga dibunuh malah mengetahui bahawa orang atasan yang menjadi dalang kepada perkara tersebut. Lebih menarik sekali, dia siap menyembunyikan rahsia mengenai Panda . Itu sahaja membuatkan Gojo percaya bahawa HQ Jujutsu berada di tangan yang baik memandangkan kesemua ahli atasan yang lagi telah mati.
Kembali ke persiapan pertarungan Gojo, cursed technique Utahime akhirnya didedahkan setelah sekian lama. Teknik “Solo Forbidden Area” Utahime boleh menggandakan cursed energy kepada sorcerer yang berdekatan. Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana terdapat beberapa langkah yang diperlukan untuk aktifkan Cursed Technique mereka. Tetapi tidak peliklah mengapa mereka melakukannya. Dengan lawan mereka adalah Sukuna, sudah tentu mereka mahu berikan Gojo sedikit buff sebelum mulakan pertarungan.
Paling dahsyat sekali, Gojo terus melepaskan 200% Hollow Purple ke arah Sukuna. Hollow Purple yang biasa sahaja sudah cukup menggerunkan apatah lagi 200%. Sukuna betul-betul terkejut dan tidak menyangka serangan tersebut dan dalam cubaan menghentikannya, tangan kanannya sudah pun musnah dengan lengannya juga sudah hangus.
Akhirnya bersemuka juga kedua-dua sorcerer terkuat dalam Culling Game. Bab ini berakhir dengan Gojo menyatakan bahawa Sukuna merupakan “pencabar” dalam pertarungan tersebut.
Tangan pun sudah hilang satu, agaknya apalah yang akan Sukuna gunakan nanti. Kita melihat Ten Shadows Technique diaktifkan dengan kedua-dua belah tangan. Jadi bagaimana pula Sukuna ingin gunakan teknik tersebut.
Gojo pula seperti menggunakan sepenuh kuasanya dalam pertarungan ini. Ramai juga yang risau bahawa Gojo mungkin membunuh Megumi nanti. Nampaknya kenalah tunggu bab baharu untuk melihat kesudahan pertarungan ini.
Kalau anda belum baca bab terbaru, anda boleh membacanya di aplikasi atau laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post