PUBG MOBILE World League (PMWL) Season Zero program esports global PUBG MOBILE yang baru diperkenalkan akan bermula pada 10 Julai 2020 iaitu hari ini. Kerana wabak global, PMWL diubah menjadi format dalam talian, dengan 20 pasukan bergabung dengan World League East dan 20 pasukan bergabung dengan World League West – semuanya bertarung dengan jumlah hadiah keseluruhan USD $850,000.00 (anggaran RM3,628,650.00) dengan Mountain Dew sebagai minuman rasmi PMWL.
Selepas Hujung Minggu Pembukaan PMWL Season Zero dari 10-12 Julai, pasukan akan diunggulkan dalam lima kumpulan yang terdiri daripada empat pasukan setiap kumpulan. Kumpulan akan saling bertanding selama tiga minggu berikutnya, setiap hari Selasa dan Rabu.
Antara nama besar yang akan bertarung pada East League adalah termasuk pasukan wakil Malaysia iaitu Yoodo Gank (diwakili Man Parang, Fredo, Jumper dan Draxx) juga Team Secret (diwakili BiuBiu, iShotz, MADTOI, uHigh dan Rex). Wakil negara lain yang sangat terkenal terutama pada pemain PUBG Mobile adalah Bigetron Red Aliens, RRQ Athena, Box Gaming dan banyak lagi!
Dibawah pula adalah wakil dari West League;
PUBG MOBILE World League Season Zero akan diadakan dari 10 Julai hingga 9 Ogos 2020. East League akan bermula pada pukul 17:30 IST (8 malam di Malaysia) untuk Asia, dan West League akan bermula pada 23:30 IST (2 pagi di Malaysia ) untuk Eropah dan Amerika. Ahli komuniti dapat menonton siaran langsung di saluran YouTube PUBG MOBILE Esports.
Sumber gambar: PUBG Malaysia
@gamersantaimy
Discussion about this post