Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Sertai Predator League Coswalk Competition, Khas Untuk Cosplayer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 30, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Cosplay, PL2025
0 0
0
Jom Sertai Predator League Coswalk Competition, Khas Untuk Cosplayer!
Share on FacebookShare on Twitter

Para peminat cosplay boleh bergembira kerana Predator League Coswalk Competition akan berlangsung di 1 Utama pada 17 November 2024, menjanjikan acara penuh tenaga di mana kreativiti bertemu dengan semangat gaming dan anime!

Kredit: Predator Gaming

Ini peluang anda untuk menghidupkan watak kegemaran dari VALORANT, Dota 2, atau watak-watak anime/game popular lain—kecuali watak buatan sendiri, watak original, dan watak daripada game MOBA lain. Berikut adalah maklumat penting:

  • Tarikh: Ahad, 17 November 2024
  • Masa: 11:30 pagi hingga 3:00 petang (Pendaftaran bermula pada 11:30 pagi)
  • Tempat: LG Concourse, 1 Utama

Persembahan dan cosplay anda akan dinilai oleh tiga juri khas yang terdiri daripada PrestonLes dan YingTze – dua tokoh terkenal dalam komuniti cosplay Asia, serta Roseanne Ho yang berkhidmat sebagai Ketua Pemasaran Acer Malaysia.

Hadiah hebat akan diberi kepada 10 cosplayer terbaik termasuk RM300 tunai, tiket ke APAC Predator League 2025, dan pelbagai barangan eksklusif dari Predator.

Namun, slot amat terhad. Hanya 30 penyertaan sahaja yang diterima, jadi jangan tunggu lagi! Tempah tempat anda sekarang untuk Predator League Coswalk Competition melalui link ini.

Kredit: Predator Gaming

Selain itu, Asia Pacific Predator League 2025 Grand Finals akan diadakan di hadapan para penonton secara langsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 11-12 Januari 2025. Berlangsung pada 11 hingga 12 Januari 2025, acara besar ini akan mengumpulkan pasukan terbaik dari 14 wilayah di seluruh Asia Pasifik untuk bersaing merebut Predator Shield yang berprestij dan sebahagian daripada jumlah hadiah wang tunai sebanyak USD 400,000.

Tiket Early Bird tersedia sekarang, jadi nikmati diskaun dan hadiah eksklusif apabila membuat tempahan di SINI. Untuk maklumat lanjut, sila baca artikel ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Predator League 2025Predator League Coswalk Competition
ShareTweetSend
Previous Post

Muat Turun Pokémon Trading Card Game Pocket Sekarang – Rasmi Lancar Hari Ini!

Next Post

Sony Interactive Entertainment Tutup Firewalk Studios, Pencipta Concord

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Sony Interactive Entertainment Tutup Firewalk Studios, Pencipta Concord

Sony Interactive Entertainment Tutup Firewalk Studios, Pencipta Concord

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd