Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom ajak member berperang kerana Rainbow Six Siege Percuma untuk dimainkan hujung minggu ini!

Nyny.A by Nyny.A
September 10, 2021
in Artikel, Berita, Game Percuma, Genre, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Jom ajak member berperang kerana Rainbow Six Siege Percuma untuk dimainkan hujung minggu ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Sertailah lebih dari 75 juta pemain dan manfaatkan permainan dengan harga terbaik yang pernah ada! Sekiranya anda menunggu untuk mencuba aksi multiplayer jarak dekat Rainbow Six Siege, tidak ada masa yang lebih baik daripada minggu ini! Main Rainbow Six Siege secara percuma dari 9 hingga 12 September. Sekiranya anda sudah memiliki Rainbow Six Siege, sekarang adalah masa yang tepat untuk menjemput rakan anda untuk beraksi dan bawa mereka pada apa yang mereka ketinggalan!

Hujung Minggu Percuma ini bermula pada hari Khamis, 09 September 3:00 PM CEST (9 malam tadi) dan akan berakhir pada hari Isnin, 13 September 10:00 PM CEST,Jadi apa lagi yang anda nantikan? Terus ke laman web rasmi R6 untuk muat turun Minggu Percuma ini di PS4, Xbox atau di PC! Bagi anda yang tidak puas bermain selepas hujung minggu, sebarang kemajuan yang anda lakukan ketika hujung minggu percuma ini akan berterusan sekiranya anda memutuskan untuk membeli versi permainan sepenuhnya dengan 80% diskuan!!

Semasa Hujung Minggu Percuma ini, anda akan dapat memainkan tiga mod permainan multiplayer R6 – Bomb, Hostage dan Secure Area – pada berbagai peta yang berbeza. Main untuk membuka lebih daripada 60 Operators yang ikonik, masing-masing dengan kemampuan dan gaya permainan yang unik, kumpulkan rakan anda, dan alami pengalaman penembak taktik yang unik.

Sebagai Defender, bekerjasama dengan pasukan anda untuk mengubah persekitaran anda menjadi kubu kuat. Gunakan perangkap, benteng, dan buat sistem pertahanan untuk menolak masuk musuh.

RelatedPosts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

Sebagai Attacker, pimpin pasukan anda melalui koridor yang sempit, pecah pintu barricaded dan dinding yang diperkuat. Gunakan drone pemerhatian, rappelling dan banyak lagi untuk merancang, menyerang dan meredakan setiap keadaan.

Tonton video ini yang akan membantu anda mempelajari semua yang perlu anda ketahui sebelum langkah pertama anda di Rainbow Six Siege.

Year 6 Season 3 baru saja dilancarkan dengan penambahan terbaru untuk Team Rainbow, Special Operator Osa, bersama banyak perubahan dan kemas kini yang sudah lama dinanti-nantikan. Sepanjang Hujung Minggu Percuma ini, nikmati potongan hingga 80% pada edisi permainan tahun ini. Tidak ada masa yang lebih baik untuk menyertai Team Rainbow dalam aksi: Operator sekarang ini! Lock and Load bebeh!

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak maklumat mengenai Rainbow Six Siege, jangan lupa untuk terus ke laman web rasminya di mana anda akan menemui semua yang perlu anda ketahui mengenai Operator dan kemas kini terkini.Apa lagi yang dinantikan? Jom cuba Rainbow Six Siege percuma sekarang!

Muat turun di sini
Tom Clancy's Rainbow Six® Siege
Developer: Ubisoft
Release Date: 2015-12-02
Microsoft Windows, PlayStation 4
Tom Clancy's Rainbow Six Siege adalah sebuah permainan FPS yang dimajukan oleh Ubisoft dan sangat terkenal dalam dunia esports. Pelbagai pilihan operator untuk mengejr kemenangan pasukan anda
Tags: Hujung mingguRainbow Six SiegeRainbow Six Siege Percuma
Previous Post

eFootball PES 2021 MOBILE mencapai milestone muat turun 450 juta!

Next Post

Epic Games Store memberikan Nioh: The Complete Edition percuma minggu ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Epic Games Store memberikan Nioh: The Complete Edition percuma minggu ini!

Epic Games Store memberikan Nioh: The Complete Edition percuma minggu ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd