gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Anime Komik

Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak – kejutan dunia komik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Komik
0 0
0
Joker mengandung! Musuh sejati Batman ada anak – kejutan dunia komik!
Share on FacebookShare on Twitter

Semua orang mengenali Joker sebagai musuh sejati Batman dan seorang penjahat psikopat dan sadistik yang harus digeruni. Namun, dia mengalami perubahan yang sangat-sangat besar dalam siri komik terkini di mana pembaca mendapat tahu bahawa Joker sedang mengandung! Terbukti berita ini cukup mengejutkan sehingga dunia komik DC pun turut terkejut sekali.

Kisah pelik ini berlaku di dalam The Joker: The Man Who Stopped Laughing #4 yang menampilkan jalan cerita “tidak-canon” bertajuk “Knocked Upside Down!” oleh penulis Matthew Rosenberg, artis Francesco Francavilla dan penulis ayat Tom Napolitano. Jadi sedia maklum, kejadian ini tidak berlaku di dunia utama DC, dan berasal daripada realiti alternatif.

Berikut adalah rumusan apa yang berlaku:

Di permulaan bab, pembaca dapat melihat Joker dan gengnya cuba mencuri air dari Sungai Gotham. Nasib baik, Zatanna muncul untuk menghentikan mereka semua. Selepas dikalahkan, Joker dibiarkan gantung dalam keadaan terbalik oleh kuat sihir Zatanna. Penjahat lain mungkin sudah mengaku kalah, tetapi Joker masih berniat untuk mengacau heroin itu.

Di sini, dia membuat komen bahawa mereka boleh menjadi “pasangan yang hebat” bersama-sama. Mula rasa diganggu oleh komennya, Zatanna menjatuhkan Joker ke dalam timbunan lumpur. Tetapi penjahat itu tidak berhenti mengusik dan meneruskan cerita-cerita merepek seperti impian untuk”membina keluarga yang indah”, dan memikirkan “rupa anak-anak mereka pada masa akan datang”.

Dalam keadaan marah, Zatanna menolak mukanya ke dalam lumpur dan membaca sihir sambil berkata: “Tiada sesiapa yang boleh mempunyai bayi anda!”

Keesokan hari, Joker bangun dan entah bagaimana, mendapati dirinya sedang mengandung bayi ajaib yang ditanam oleh Zatanna. Kebetulan pula, Doctor Phosphorus (salah satu musuh Batman) adalah seorang pakar obstetrik dan cuba membantu Joker melahirkan bayinya.

Berbeza sedikit berbanding proses melahirkan anak yang normal, Joker sebaliknya memuntahkan longgokan lumpur yang membesar dengan cepat. Secara beransur-ansur, lumpur itu mula berubah menjadi versi Joker yang lebih kecil.

Bab itu berakhir di mana Joker membawa anaknya kepada Zatanna dan memberitahu bahawa mereka kini mempunyai seorang anak lelaki dan boleh membina keluarga yang bahagia bersama-sama.


Apa pendapat korang tentang kisah di atas? Agak gila kan? Sebelum ini, kami pernah menulis tentang “Lima perkara paling zalim pernah dibuat oleh Joker – yang korang boleh baca di SINI!

Untuk membaca segala liputan kami tentang Joker, sila tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: batmanjokerkomik
Previous Post

One Piece – Kaku vs Zoro? Vegapunk bersedia sertai Luffy! [SPOILER]

Next Post

League of Legends: Panduan Season 2023 – info lengkap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!
Movie Review

Review Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves – Daripada permainan papan ke movie!

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!
Review

Review Tales of Symphonia Remastered – JRPG klasik yang lebih mudah diakses!

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!
Temuramah

Ketahui cabaran membuat ‘foot tracker’ dalam game VR bersama John Coleman CFO Vertigo Games!

March 25, 2023
Next Post
League of Legends: Panduan Season 2023 – info lengkap!

League of Legends: Panduan Season 2023 - info lengkap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

Kengan Ashura Season 2 akan hadir September 2023, hanya di Netflix!

by Razin Syafiq
March 23, 2023
0

Selepas 3 tahun berehat, anime Kengan Ashura nampaknya sudah siap bersedia untuk membuat comeback! Hari ini, kita telah dapat pengesahan rasmi...

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

Anime My Hero Academia Sah Mendapat Musim 7! Pertarungan Dengan All For One Bersambung!

by Maira
March 23, 2023
0

Pertarungan antara Hero dan Villain masih belum tamat dengan All For One sedang melengkapkan badannya dengan Shigaraki. Orang ramai pula...

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Banyak betul pengumuman anime baharu untuk bulan ini. Belum masuk lagi pengumuman semasa acara Anime Japan 2023 pada hujung minggu...

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

by Maira
March 23, 2023
0

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In