Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 6, 2023
in Artikel, Berita
0 0
0
Jeremy Renner kongsi keadaan semasa, semoga cepat sembuh Hawkeye!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa hari tiada khabar berita, akhirnya Jeremy Renner telah berkongsi video tentang keadaan semasa bersama keluarga di hospital. Kepada mereka yang tidak tahu, pada 1 Januari lalu, pelakon terkenal dengan watak Hawkeye ini telah mengalami kemalangan semasa sedang membajak salji di kawasan perumahannya. Dia kemudian mendapat pertolongan cemas daripada salah seorang jirannya dan diterbangkan ke hospital lalu menjalani pembedahan terus untuk memastikan keadaannya selamat.

A “not no great” ICU DAY, turned to amazing spa day with my sis and mama❤️. Thank you sooooo much pic.twitter.com/pvu1aWeEXY

— Jeremy Renner (@JeremyRenner) January 5, 2023

Melalui akaun Twitter rasmi Jeremy Renner, pelakon tersebut menyatakan “HARI ICU ‘tidak bagus’ bertukar kepada hari spa yang menakjubkan bersama adik dan mak saya. Terima kasih banyak-banyak.”

Di dalam video tersebut, kita dapat lihat bahawa adik Renner, Kym dan ibunya, Valerie, sedang menjaga bintang MCU. Renner juga menyatakan bahawa dia baru sahaja mandi untuk pertama kali semenjak dimasukkan ke hospital.

Renner sebelum ini telah berkongsi keadaannya di media sosial selepas menjalani pembedahan pada 2 Januari lalu kerana mengalami blunt chest trauma dan kecederaan kaki semasa membajak salji.

Syerif Daerah Washoe, Darin Balaam, kemudiannya mengeluarkan kenyataan sesama sidang akhbar mengenai kejadian itu. Dia menjelaskan bahawa jentera berat tersebut mula bergerak apabila Renner tidak berada di tempat duduk pemandu dan pelakon ini cedera akibat percubaannya untuk naik semula ke dalam kenderaan.

Selain itu, Datuk Bandar Reno, Hillary Schieve, menjelaskan bahawa Jeremy Renner sedang membantu seorang individu yang tersepit akibat cuaca yang buruk. “Dia membantu seseorang yang terkandas akibat salji yang tebal,” kata Schieve. Dia juga menyatakan bahawa tingkah laku pelakon ini sesuatu yang baru dan dia sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beberapa hari selepas kemalangan, ramai rakan artis, termasuk pelakon daripada MCU, Mark Ruffalo, Chris Evans, Evangeline Lilly dan Chris Pratt, mendoakan Renner agar dia cepat sembuh. Keluar Renner tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Jeremy Renner.

Jeremy Renner masih kekal di ICU walaupun keadaan semasa dia kritikal tetapi tetap stabil. Semoga pelakon kegemaran semua orang ini kembali sihat secepat mungkin.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan segala liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi daripada kami.

Tags: HawkeyeJeremy RennerMarvelmcu
Previous Post

Goblin Slayer Dedahkan Teaser Anime S2 Dan Game Baru Untuk Switch Dan PC!

Next Post

Map baru Valorant Lotus diperkenalkan, bakal tiba pada 10 Januari 2023

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Map baru Valorant Lotus diperkenalkan, bakal tiba pada 10 Januari 2023

Map baru Valorant Lotus diperkenalkan, bakal tiba pada 10 Januari 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd