Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!

Maira by Maira
December 24, 2021
in Artikel, Berita, Esports, Genre
0 0
0
Jepun akan membuka sekolah Esport pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Esport kini menjadi salah satu perkara yang besar dan ramai ahli akademik mula mengenali nilainya. Negara lain seperti Amerika Utara, sudah ada kolej yang menawarkan kursus Esport dan video game. Ada juga yang menawarkan biasiswa E-sport untuk pelajar disana. Kini, Jepun pula ingin mengambil langkah dalam bidang ini dengan mewujudkan sekolah menengah tinggi Esport pertama di negara itu.

Sumber: Esport High School

Sekolah itu diberi nama Esports Koutou Gakuin atau Sekolah Menengah Tinggi Esport. Sekolah berprestij itu dibiayai oleh bahagian Esport dari syarikat telekom Jepun NTT dan Tokyo Verdy, sebuah pasukan bola sepak profesional. Ia juga akan dikendalikan oleh pemain esport profesional serta pengurus daripada Verdy dan NTT.

Dalam sekolah esport itu, suasana pembelajarannya sangat berbeza. Laman web sekolah itu menunjukkan dewan kuliah dengan skrin gergasi dan meja yang menyokong empat gaming rig. Gaming rig yang disediakan ialah Galleria XA7C-R37 yang dikuasakan oleh Intel Core i7-11700, Nvidia RTX 3070, 32GB RAM DDR4 dan 1 TB storan NVMe. Meja yang akan digunakan juga boleh berubah-ubah mengikut keselesaan setiap pelajar serta kerusi dan headset yang bagus telah dibekalkan.

Sumber: Esport High School

Laman web tersebut tidak memberitahu secara khusus game apa yang akan tersedia dalam kurikulum sekolah tersebut tetapi ia ada menyatakan bahawa pelajar akan belajar mengenai game FPS, game real-time strategy, MOBA dan third-person shooter. Sekolah Esport itu juga sudah tentu mengajar subjek umum seperti sekolah menengah tinggi di Jepun dan memasukkan kursus mengenai game, ulasan game, penstriman dan ciptaan kandungan.

RelatedPosts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

Graduan dari sekolah itu juga boleh menempah kerjaya lain seperti ciptaan VR, penulis game, pereka 3DCG, pereka game, pencipta kesan khas atau programmer pada masa depan. Tetapi itu mungkin memerlukan latihan tambahan di kolej, universiti atau sekolah vokasional.

Sumber: Esport High School

Yuran persekolahan untuk sekolah tersebut masih lagi belum didedahkan tetapi ia sudah membenarkan bakal pelajar untuk memuat turun borang pendaftaran. Kampus sekolah itu juga akan bermula pada bulan Januari dan mulakan pembelajaran pada bulan April.

Dahsyat juga idea Jepun ini. Di Malaysia, jika anda ingin belajar mengenai game, ada beberapa universiti yang mengajar kursus tersebut. Anda boleh ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, manga dan banyak lagi!

Sumber: thegamer

Tags: JepunSekolah Esport
Previous Post

“Ultraman Chronicle D” diumumkan, mungkin menampilkan Ultraman Dyna versi moden!

Next Post

Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS

Kerana boleh bermain game sambil memandu, kereta Tesla kini di bawah siasatan kerajaan AS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd