Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jadi Raja Kucing! Cat Quest: Pirates of the Purribean akan tiba di PS, Xbox Series, Switch & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2023
in Action, Artikel, Berita, Nintendo Switch, Open World, PC, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Jadi Raja Kucing! Cat Quest: Pirates of the Purribean akan tiba di PS, Xbox Series, Switch & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, penerbit Kepler Interactive dan pemaju The Gentlebros telah mengumumkan game terbaharu mereka dalam francais comel dan popular Cat Quest. Diberi nama Cat Quest: Pirates of the Purribean, game aksi RPG aksi open-world ini akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 2024.

Berikut adalah trailer pertama:

Bermain sebagai lanun kucing hebat di Purribean — kepulauan yang dipenuhi lanun-lanun lain yang mencari khazanah mitos purba bernama “Northern Star”. Bersama teman roh boleh dipercayai, belayar melalui Purribean dengan kapal buatan anda! Tetapi berhati-hati kerana laut sangat berbahaya dengan gerombolan lanun jahat yang sibuk memburu anda di bawah arahan Pirate King… – Sinopsis

Kredit: The Gentlebros

Buat kali pertama dalam siri ini, belayar di lautan dan bertarung di kapal anda sendiri! Terokai perairan, pergi ke pantai berhampiran, dan jelajah daratan untuk memburu harta karun di dunia ini! Terdapat banyak rahsia dan misteri yang boleh ditemui, termasuk senjata baharu, sihir dahsyat, kostum menarik dan banyak lagi.

Pemain turut boleh mencipta jalan cerita sendiri dengan penuh bebas! Sebagai contoh, anda boleh meneroka kawasan paling jauh di Purribean pada masa lapang anda, atau jumpa watak-watak unik dan bantu menyelesaikan masalah mereka di sepanjang jalan, tidak kisah dalam apa jua susunan! Misteri Northern Star sangat jauh dan luas, jadi terpulang kepada anda untuk menyiasat, mengumpul petunjuk dan mendedahkan rahsia Purribean.

Paling seronok sekali, game ini boleh dimainkan sama ada secara solo atau local co-op!

Kredit: The Gentlebros
Kredit: The Gentlebros

Cat Quest: Pirates of the Purribean akan dilancarkan di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam pada 2024. Tarikh tepat tidak diberi.

Tags: Cat QuestCat Quest: Pirates of the Purribean
ShareTweetSend
Previous Post

Sebuah game PvP Heist, Fairgame$ akan dilancarkan di PS5 & PC!

Next Post

Immortals of Aveum bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 20 Julai 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Immortals of Aveum bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 20 Julai 2023!

Immortals of Aveum bakal dikeluarkan di PS5, Xbox Series & PC pada 20 Julai 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd