Pagi tadi telah berlangsungnya acara PlayStation Showcase dan Sony Interactive Entertainment telah pun mengumumkan pelbagai game termasuk Fairgame$ yang akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC.
Menurut Mathieu Leduc, Fairgame$ adalah sebuah game Heist PVP yang terdiri daripada 3 orang pemain dalam satu kumpulan. “Fairgame$ akan memberi anda peluang untuk melanggar peraturan sebagai Robin Hood zaman moden, pencari keseronokan atau hanya seseorang yang ingin mengumpul harta hebat,” katanya.

Buat masa sekarang, banyak perkara yang masih tidak didedahkan oleh mereka. Tetapi jika kita lihat pada trailer yang dikeluarkan, pemain akan diturunkan di satu map yang sangat besar dan pemain perlu mencari harta karun yang ada di kawasan tersebut. Tengok gaya, ia seperti game battle royale cuma kiraan skor akan bergantung kepada harta karun yang anda peroleh.
Apapun, ini hanya andaian saya sahaja, tidak pasti sama ada gameplay yang mereka tampilkan pula bagaimana. Memandangkan mereka hanya mengeluarkan CGI Reveal Trailer dan bukan gameplay sebenar, banyak perkara yang masih di dalam pembangunan.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Fairgame$ akan dilancarkan di PlayStation 5 dan PC. Buat masa sekarang, mereka masih tidak mendedahkan tarikh keluaran untuk game ini. Apapun, nantikan pengumuman yang akan dibuat pada masa akan datang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post